Israel lancar serangan sebelum Subuh di Gaza

Gaza: Israel melancarkan serangan sebelum Subuh pada Selasa yang menyasarkan kumpulan pejuang Jihad Islam di Semenanjung Gaza.

Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh, menurut kementerian kesihatan di wilayah dikuasai kumpulan Hamas itu.

Berdasarkan laporan kementerian berkenaan, wanita dan kanak-kanak antara terbunuh, namun ia tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mangsa.

Wartawan AFP di Gaza menyaksikan bahagian atas sebuah bangunan terbakar dan ambulans memindahkan mangsa.



Tentera Israel berkata, pihaknya menyasarkan tiga pemimpin kumpulan Jihad Islam yang didakwanya sebagai kumpulan pengganas.

Dalam kenyataan, tentera Israel berkata, ia menyasarkan Jihad Ghannam dan Khalil Al-Bahtani di Semenanjung Gaza dan Tareq Ezzdine di Tebing Barat.

Di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, seorang jurugambar AFP menyaksikan mayat seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ghannam.

Serangan udara itu, yang bermula kira-kira 2 pagi berlanjutan sehingga dua jam, menurut wartawan AFP, dengan letupan baharu didengar di kawasan timur.



Operasi itu diadakan tiga minggu selepas kumpulan Jihad Islam mengumumkan gencatan senjata di sekitar Gaza, yang ditaja Mesir – susulan peningkatan insiden selepas salah seorang ahlinya meninggal dunia selepas melakukan mogok lapar ketika ditahan di penjara.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker