Milik siapa jersi nombor 7 selepas Ronaldo?

London: Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho dan Antony dilaporkan berebut mahu menyarung jersi nombor 7.

Menurut Manchester Evening News, Ronaldo dijangka meninggalkan Old Trafford musim depan.

Jersi ikonik itu sekali lagi tidak berpunya dan dua bintang United itu dikatakan pilihan utama memakainya.



Jersi nombor 7 United antara yang paling bernilai dalam sejarah bola sepak.

Legenda seperti George Best, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo sendiri antara pemain cemerlang memakainya tetapi nombor itu gagal memberikan tuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Michael Owen, Angel Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez dikaitkan dengan kegagalan ketika menyarung jersi ikonik itu.

Namun betapa bagusnya seseorang pemain, jersi nombor 7 tetap membawa harapan tinggi yang tidak ramai pemain mampu menggalasnya. Cukup menarik untuk disaksikan siapa pemakainya selepas ini.



Antony mungkin menjadi pilihan tetapi mungkin ada mempertikaikan susulan dia masih baru di Old Trafford.

Sancho sebaliknya semakin menyinar sejak akhir-akhir ini dengan pemain Inggeris itu dijanjikan jersi nombor 7 ketika berpindah ke United pada musim panas lalu namun bersetuju menyerahkannya kepada Ronaldo.

Bagaimanapun, kata putus terletak di tangan pengendali, Erik ten Hag yang akan menentukan siapa lebih berhak diberikan penghormatan menyarung jersi nombor 7.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button