Ismail Sabri, Muhyiddin ‘wajib’ dedahkan keseluruhan perjanjian

Klausa meragukan tular di media sosial

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ismail Sabri, Muhyiddin 'wajib' dedahkan keseluruhan perjanjian

Surat perjanjian persefahaman antara Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob kembali tular di media sosial. Tetapi kali ini, ada penambahan klausa yang belum pernah didedahkan kepada umum sebelumnya.



Dalam satu perkongsian di facebook menggunakan nama BACKER RAHMAN mendedahkan kandungan surat perjanjian tersebut kecuali klausa 7,8,9 yang dikaburkan.

Muhyiddin dan Ismail Sabri perlu tampil segera bagi menjernihkan kekeliruan jika kandungan tersebut tidak benar.

Ini kerana klausa ke-11tertulis – “Kedua-dua pihak bersetuju Tan Sri Dato Hj Mahiaddin bin Hj Md Yassin menjadi Calon Perdana Menteri selepas Pilihanraya Umum 15 (PRU15).”



Ismail Sabri, Muhyiddin 'wajib' dedahkan keseluruhan perjanjian

Adakah benar kandungan perjanjian persefahaman yang disaksikan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato Seri Hamzah Zainudin dan Tan Sri Annuar Musa selaku Ahli Parlimen Ketereh?

Sekiranya ia benar, maka telah berlaku satu pengkhianatan terhadap Umno kerana membelakangkan parti dalam membuat keputusan eksekutif. Perlu diingatkan, sebarang perjanjian melibatkan kepentingan parti perlu dirujuk kepada Presiden dan Majlis Tertingggi Umno.

Walaupun menurut Ismail perjanjian ini perkara lama, apabila didedahkan klausa-klausa sebegini, ia akan menyebabkan keresahan kepada ahli Umno itu sendiri. Perjanjian tersebut tidak ubah ibarat Umno “kalah sebelum berperang”.



Ismail Sabri, Muhyiddin 'wajib' dedahkan keseluruhan perjanjian

Lebih pelik, ada perkataan GTA dipercayai merujuk kepada Gerakan Tanah Air yang diasaskan Tun Mahathir. Adakah pendedahan ini dilakukan oleh GTA atau memang ada perjanjian antara Mahathir, Muhyiddin untuk ‘mengenakan’ Umno melalui perjanjian persefahaman?

Timbul persoalan, adakah tindakan Mahathir keluar PPBM dan menubuhkan PEJUANG hanyalah lakonan bagi mengaburi mata Pakatan Harapan?

Ismail Sabri, Muhyiddin 'wajib' dedahkan keseluruhan perjanjian



Tidak mustahil sekiranya tiba-tiba PEJUANG dibubarkan dan mereka kembali ke pangkuan PPBM kononnya untuk menunjukkan penyatuan parti dan memburukkan Umno kerana tidak mahu menerima penyatuan parti orang Melayu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button