UMNO pikul beban hasil perjanjian sulit Ismail Sabri dan Muhyiddin.
Oleh Adam Malik
Sudah tertular sekali lagi berkenaan surat perjanjian sulit antara Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin yang terdedah di merata Media Sosial.
Dari beberapa lampiran petikan surat itu , jelas banyak perkara sulit yang Datuk Seri Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak jelaskan.
Bahkan , penanda tangan yang menjadi saksi kedua pihak dalam perjanjian itu juga tidak jujur dalam mengutarakan isu perjanjian sulit itu.
Kini , yang baru tertular juga menjadi kejutan kerana jumlah nya ada lebih dari apa yang di ketahui lebih awal.
Kami petik dari pendedahan saudara Backer Rahman seperti dibawah.
Benar juga laporan yang menyatakan UMNO telah menjadi tawanan hasil perjanjian sulit ini.
UMNO sepatut nya tidak terseret pada kelakuan dan Tindakan individu yang tidak pun mewakili UMNO.
Namun , perkara sudah terjadi dan sudah terlambat.
Jelas , yang untung hanya Ismail Sabri sahaja dan bukan UMNO keseluruhan nya.
Jika ada Tindakan disiplin pun rasanya tidak salah.
Kami tidak perlu papar kandungan penuh sekadar memberitahu , kini ahli UMNO sudah tahu kesalahan yang ada.
Pada perjanjian ini perkara 7, 8 dan 9 dikaburkan.
Selain itu ada pertambahan jumlah janji baru diketahui yang DSIS terikat untuk dipatuhi dimana semuanya tidak menguntungkan UMNO.
Setelah tersebar dan diketahui oleh ramai ahli UMNO , maka DSIS seharusnya mengambil Tindakan untuk membaiki kesalahan yang telah dilakukan.
DSIS harus akur kepada kehendak akar umbi dan kehendak perhimpunan dimana telah dilaungkan oleh ribuan ahli UMNO.
Janji yang dibuat kepada musuh adalah atas kapasiti persendirian , namun kesan nya menyukarkan UMNO untuk bergerak dan bertindak.
Ini juga boleh ditakrif sebagai satu “betrayal” ataupun pengkhianatan.
Malah laporan media luar negara juga ada menyebut parti UMNO ditawan oleh pihak musuh melalui Perdana Menteri dari parti sendiri.
PETIKAN DARI MEDIA LUAR NEGARA :-
Apapun Majlis Kerja tertinggi UMNO pasti ada jalan keluar dari kemelut ini kerana Presiden Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah pun maklum atas perjanjian sulit yang menekan UMNO ini.