Ronaldo jumpa Peterson rawat kemurungan

LONDON: Ketika melalui apa yang mungkin boleh dianggap sebagai detik paling sukar dalam kariernya, Cristiano Ronaldo memutuskan untuk mendapatkan bantuan profesional.

Walaupun beliau dianggap sebagai selebriti internet, orang ramai mungkin tidak menyedari Jordan Peterson sebenarnya adalah seorang ahli psikologi klinikal yang berjaya. Beliau menerbitkan kertas kerja dalam jurnal perubatan paling berprestij di seluruh dunia.

Beliau sering dianggap sebagai propagandis sayap kanan tetapi Ronaldo mendapati buku tulisannya amat membantu.



Selepas membaca salah satu daripadanya, penyerang Manchester United itu memutuskan untuk menjemput Peterson ke rumahnya di Manchester semasa warga Kanada itu melawat United Kingdom.

Kira-kira dua minggu lalu, Ronaldo menyiarkan fotonya bersama Peterson di laman Instagram sekalipun tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenainya.

Peterson menjadi seorang tetamu dalam rancangan Piers Morgan dan beliau ditanya oleh penyampai Britain itu mengenai lawatannya ke rumah Ronaldo.

Dalam perbualan itu, Morgan mendedahkan Ronaldo melakukan terapi dan kelihatan lebih baik selepas bertemu dengan Peterson. Namun Peterson mendedahkan lebih banyak butiran mengenai pertemuan mereka.



“Itulah yang berlaku apabila anda bergaul dengan orang terkutuk seperti saya. Ronaldo menjemput saya untuk datang dan berjumpa dengannya.

“Dia mengalami masalah dalam hidupnya beberapa bulan lalu dan seorang rakannya menghantar beberapa video saya kepadanya dan dia berkata sudah menontonnya. Kemudian dia membaca salah satu buku saya dan mendapati ia membantu, dia mahu bercakap. Saya pergi ke rumahnya dan kami berbincang selama kira-kira dua jam.

“Dia menunjukkan kepada saya semua peralatannya untuk kekal dalam keadaan tip-top, kami bercakap mengenai kerjayanya. Kebanyakannya kami bercakap mengenai apa yang dia mahu pada masa hadapan dan beberapa halangan yang dihadapinya.”

Ketika mereka membincangkan pertemuan itu, Morgan bergurau mengenai peranan Peterson sebagai ‘Ted Lasso’ dalam kehidupan Ronaldo.



Bagi anda yang tidak tahu, Ted Lasso adalah watak fiksyen daripada sitkom pemenang Anugerah Emmy seorang jurulatih yang amat bermotivasi dalam Liga Perdana Inggeris.

Peterson menyukai perbandingan itu dan berkata: “Mungkin dia menyedari sesuatu yang hilang kerana dia pernah mendapatinya pada tahap tertentu dalam kariernya dan saya sentiasa suka mendengar apa yang orang lakukan dan apa yang mereka mahu.”

Selepas pertemuan itu, disahkan Ronaldo mengalami kemurungan dan dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan profesional.

Pasti sukar bagi salah seorang pemain bola sepak terhebat yang pernah dilahirkan melalui saat yang sukar ini. Mudah-mudahan dia dapat kembali ke tahap terbaiknya menjelang Piala Dunia FIFA di Qatar.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button