PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?

 

PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?

PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?

Dalam perkembangan politik terkini mengenai pembubaran parlimen, SPB YDP Agong sudah mengeluarkan kenyataan rasmi baginda.



PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?

Keyataan yang disiarkan melalui akaun Facebook Istana Negara itu telah dikeluarkan selepas pengumuman Ismail Sabri mengenai pembubaran parlimen di seluruh negara.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/pfbid0XiaFQ4rykbAWeGbikiKzmLEJD9VtZs5wyMBcHemEEmcNGd8mwtZfEdgdUwPLDB3ol



Dalm kenyataan satu mukasurat itu, baginda menyatakan telah memberikan perkenan kepada permohonan Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen berkuatkuasa 10 Oktober 2022.

Baginda juga menyatakan, perkenan telah baginda beri selepas memperhalusi permintaan tersebut.

Ia juga selaras kepada Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa baginda untuk membubarkan parlimen.

Dalam para yang seterusnya, baginda menzahirkan rasa kecewa dengan keadaan politik semasa di tanah air dan tiada pilihan selain membubarkan parlimen.



Seperti yang penulis duga, kenyataan baginda itu sudah pasti akan diputarbelitkan oleh pihak musuh BN untuk menimbulkan persepsi kononnya BN telah membuatkan YDP Agong dukacita.

Semakan penulis mendapati, antara parti politik yang awal memutarbelitkan kenyataan baginda ialah PAS.

PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?

Dalam satu kenyataan rasmi PAS yang disiarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS kononnya kecewa dengan pembubaran parlimen yang tergesa-gesa.



Baca di sini:

https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/pfbid02aZG9CU6xJWqtK3Uqms1GLGAtuzfnoYZDfuEPenaKCTSYRqNCsmwVHJtiLHY8cb6kl

Sifat Hipokrit Pemimpin PAS

Penulis merasa hairan, bagaimana PAS boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian.



Bukankah di waktu Pakatan Harapan tumbang, PAS dan UMNO bersama-sama memohon supaya YDP Agong membubarkan parlimen untuk mengadakan PRU 15.

Adakah memohon supaya parlimen dibubarkan pada tahun 2019 tidak dianggap tergesa-gesa, tetapi memohon supaya parlimen dibubarkan pada tahun 2022 dianggap tergesa-gesa?

PAS jangan cuba mengheret Istana Negara dalam kemelut politik negara dan apabila kehendak mereka tidak dipenuhi.

Baginda menzahirkan perasaan dukacita apabila mendapati berlakunya perpecahan dan percanggahan di dalam kerajaan.



Apakah PAS lupa, ahli parlimen PAS adalah antara 12 ahli parlimen yang mengutus surat kepada YDP Agong membantah keputusan Perdana Menteri.

Ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air.

Parti pembangkang dan ahli parlimen BEBAS juga ada yang tidak bersetuju parlimen dibubarkan kerana mereka tidak bersedia menghadapi PRU 15.

Tetapi, ahli parlimen pembangkang dan BEBAS masih lagi beradab dan tidak menghantar surat bantahan kepada YDP Agong.

Mereka gunakan parlimen untuk menyatakan bantahan mereka.

Tetapim mengapakah 12 ahli parlimen yang juga merupakan menteri kabinet tidak menggunakan platfom yang betul untuk menyuarakan bantahan?

Bukankah setiap minggu mesyuarat kabinet di adakan dan semua menteri dan timbalan menteri termasuk perdana menteri hadir dalam mesyuarat tersebut?

Ini memberikan gambaran kepada YDP Agong bahawa kabinet yang ada sekarang sudah tidak sehaluan dan itu sebenarnya yang membimbangkan baginda.

Baginda menzahirkannya dalam para keenam kenyataan dari Istana Negara itu.

Tidak usahlah memutarbelit kenyataan SPB YDP Agong dalam usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam PRU 15.

Cubalah bermoral dalam berpolitik!!!

 

PAS Memutarbelit Kenyataan YDP Agong Mengenai PRU 15?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button