Koop Sahabat umum dividen 10 peratus

Koop Sahabat umum dividen 10 peratus

Koop Sahabat umum dividen 10 peratus
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd (Koop Sahabat)

BUKIT MERTAJAM: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd (Koop Sahabat) hari ini mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak 10 peratus kepada 452,728 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM6.5 juta berbanding RM5.8 juta pada 2021.

Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata koperasi itu juga telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM12.6 juta, meningkat sebanyak 25 peratus berbanding 10.1 juta pada 2021.

“Prestasi ini adalah komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 di samping memberi keyakinan yang kukuh kepada bakal ahlinya dalam kalangan Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).



“Kami juga percaya perniagaan Koop Sahabat yang kini meliputi perniagaan dalam perkhidmatan kewangan seperti Ar Rahnu, pembangunan hartanah, pelaburan korporat, pelaburan strategik dan pelaburan dalam ekuiti awam akan terus berkembang dengan sokongan daripada anggotanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hari ini Koop Sahabat mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke-10 di sini yang dirasmikan oleh Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Siti Azlin Ahmad Dauta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?




Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, Mazri Mahmood.

Mohd Najib berkata, Koop Sahabat juga melancarkan produk i-Gold Personal Account (i-GPA) iaitu produk emas digital patuh syariah dengan kerjasama KAB Goldynamic Sdn Bhd yang mampu membantu dan mengukuhkan kewangan masyarakat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Katanya, I-GPA memberi peluang kepada masyarakat untuk memiliki simpanan emas digital mereka sendiri dan boleh ditukar kepada emas fizikal apabila simpanan telah mencukupi.

“I-GPA adalah kaedah terbaharu kepada pekerja gig dan anak-anak anggota koperasi untuk membuat tabungan masa hadapan dengan memiliki emas dalam bentuk digital bagi membina dana kecemasan.



“Pembelian emas digital serendah RM10 melayakkan anggota dan anak-anak anggota serta pengguna untuk memiliki simpanan mereka,” katanya.

-BERNAMA

Koop Sahabat umum dividen 10 peratus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button