Ada yang berani kirim gambar alat sulit

Oleh – Syeikh Baran


Ada yang berani kirim gambar alat sulit
ELLY ARIFIN

Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan tindakan undang-undang.

Elly atau sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 34, berkata, status janda yang digalas bukan lesen untuk lelaki miang menjadikannya sebagai mangsa fantasi mereka atau objek simbolik seks.

“Bukan saja kerana status saya, namun sejak dulu saya sudah menerima hantaran sebegini dan awas, jangan sampai saya buat laporan polis,” katanya.



Menurut pelakon Anak Perjanjian Syaitan 2 itu, jangan disebabkan dia pernah kecundang dalam perkahwinan membuatkan pelaku merasakan dirinya kesunyian sehingga sanggup untuk menggadai maruah.

“Cukup-cukuplah mengganggu kerana buat masa ini saya hanya mahu tumpukan perhatian terhadap kerjaya seni, keluarga dan juga diri sendiri

“Saya belum terfikir untuk cari pengganti semata-mata ingin mengelakkan diri daripada menerima mesej lucah,” ujarnya lagi.

Berkongsi mengenai kerjaya, Elly baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Malang Si Puteri terbitan Radius One yang bakal ditayangkan pada Ramadan nanti bermula 11 Mac depan.



“Buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran drama Menantu Dari Amsterdam untuk saluran RTM, serta beberapa lagi naskhah,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker