Penumpang pesawat dilapor selamat

Oleh – Syeikh Baran


Penumpang pesawat dilapor selamat
PESAWAT itu dikatakan terhempas di wilayah Badakhshan yang bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan.-Xinhua

Empat penumpang terselamat dan dua tidak dapat dikesan selepas sebuah pesawat Russia terhempas di pergunungan timur laut Afghanistan, kata agensi pengangkutan udara, Rosaviatsia.

Jet perniagaan Falcon 10 itu dipercayai membawa enam orang dalam penerbangan hospital dari India ke Uzbekistan dan Rusia sebelum komunikasi terputus pada petang semalam.



“Daripada enam orang di dalam pesawat itu, empat masih hidup. Mereka mengalami pelbagai kecederaan. Nasib dua orang lagi belum dapat dijelaskan,” kata Rosaviatsia, memetik kedutaan Rusia di Afghanistan.

Agensi berita RIA Novosti berkata, dua penumpang adalah warga Russia, seorang yang sakit tenat dan seorang lagi suaminya yang membayar untuk penerbangan itu.

Pesawat dua enjin itu dibina oleh Dassault Perancis pada 1978 dan dimiliki oleh sebuah syarikat bernama Athletic Group dan seorang individu persendirian.

Seorang pegawai kerajaan wilayah di Afghanistan memberitahu AFP pesawat itu jatuh di wilayah Badakhshan yang bersempadan dengan China, Tajikistan dan Pakistan.



Kawasan nahas adalah lapan jam perjalanan darat dari ibu kota wilayah Faizabad, kata Ketua Jabatan Penerangan Wilayah Afghanistan, Zabihullah Amiri.

Penyiasat Russia mengumumkan pembukaan siasatan punca nahas.

Banjaran pergunungan Hindu Kush yang besar merentasi wilayah itu, yang merupakan rumah kepada puncak tertinggi Afghanistan, Gunung Noshaq, pada ketinggian 7,492 meter.-AFP

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button