Bayi kembar sembilan akhirnya pulang ke rumah

Bayi kembar sembilan akhirnya pulang ke rumah

Bayi kembar sembilan akhirnya pulang ke rumah
HALIMAH Cisse (depan) bersama ahli keluarga dan sembilan anak-anak kembarnya di sebuah apartment di Casablanca. – AGENSI

CASABLANCA: Ibu bapa kepada bayi kembar sembilan akhirnya dapat pulang ke rumah mereka selepas hampir dua tahun berada di hospital di Casablanca.

Lapor portal metro.co.uk, pasangan Halima Cisse, 26, dan Abdelkader Arby, 36, tinggal sementara berhampiran pusat perubatan pakar Ain Borja di Casablanca, Maghribi.

Pasangan itu yang berasal dari Mali, terpaksa berpindah ke apartmen berhampiran pusat perubatan berkenaan bagi memudahkan kakitangan menawarkan sokongan berterusan setiap hari kepada mereka.

Halima hampir maut akibat kehilangan banyak darah semasa pembedahan pramatang yang terpaksa dilakukan untuk membantu melahirkan sembilan bayinya dengan selamat.

Selepas mereka dilahirkan, kesemua bayi itu perlu mendapatkan rawatan di dalam inkubator sehingga sihat sepenuhnya.

“Sudah lama menunggu, dengan banyak air mata, tetapi bayi-bayi itu kini semuanya cergas, dan semua orang gembira dapat pulang ke rumah.

“Kanak-kanak semakin kuat setiap hari, dan benar-benar bergaul antara satu sama lain. Mereka sememangnya sangat comel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Rasa sedih turut menyelubungi ketika mereka meninggalkan klinik di Casablanca kerana sudah melihat kakitangan di sana sebagai keluarga tetapi pulang ke rumah secepat mungkin pastinya menjadi keutamaan,” ujar pasangan itu.

Pemerintah Mali turut menyediakan pelbagai bantuan kepada pasangan itu dan sebuah kediaman baharu direka khas dengan pelbagai kelengkapan untuk memenuhi keperluan keluarga besar mereka.

Anak-anak kembar yang terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki itu dilahirkan pada 5 Mei tahun lalu dan memerlukan lebih 100 lampin pakai buang dan enam liter susu setiap hari.

Adik beradik kembar itu kini memegang rekod Guinness untuk kanak-kanak teramai yang selamat dalam satu kelahiran.

Satu kampung ada 33 kembar

Bayi kembar sembilan akhirnya pulang ke rumah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker