Haaland, Foden buat United ‘meraung’

MANCHESTER: Penyerang Manchester City, Erling Haaland menjadi pemain pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) meledak hatrik dalam tiga aksi berturut-turut di laman sendiri.

Pencapaian itu dilakar Haaland ketika membantu City membelasah Manchester United 6-3 di Etihad, sebentar tadi.

Penyerang dari Norway itu membuka jaringan pada minit ke-34 selepas menanduk masuk hantaran Kevin de Bruyne.



Dia sekali lagi menyudahkan hantaran De Bruyne untuk gol kedua sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-64.

Ini menyaksikan dia menjadi pemain pertama City menjaringkan hatrik menentang United selepas Francis Lee melakukannya pada 1970

Lee adalah pemain City yang ketiga meledak hatrik ke atas pasukan jiran itu selain Horace Barnes pada 1921.

Phil Foden turut melakar hatrik apabila membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit kelapan, m44 dan m72.



Sementara gol United diperoleh menerusi Antony pada minit ke-56 dan dua jaringan Anthony Martial (m84 dan m91).

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button