“Mahathir lupa, Azmin penipu besar”
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Azmin Ali mendakwa Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kerana beliau lupa.
Beliau mengulas pertemuannya bersama Mahathir selama 2 jam. Bagaimanapun, a Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir menempelak dakwaan Azmin mengenai sifat pelupa Mahathir.
“Azmin memang penipu besar. Dengan pemimpin penipu macam ini, rakyat wajib tolak,” – Mukhriz Mahathir
“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).
“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.
“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” – Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian dihadapan 2,000 jentera Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor.
Azmin sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PKR dipecat dari parti itu kerana menyokong Muhyiddin dan PPBM menarik diri dari Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, Azmin juga mendakwa Anwar Ibrahim telah memaksa Mahathir melakukan peralihan kuasa sebaik Persidangan APEC yang dijangkakan pada November 2020 selesai.
Pakatan Harapan dilanda konflik peralihan kuasa telah menyebabkan krisis dalaman dan menjadi antara penyebab keruntuhan kerajaan PH yang bermula 9 Mei 2018 hanya bertahan selama 22 bulan.
Ketika itu, penyokong Anwar mahu agar peralihan kuasa dilakukan dalam tempoh 2 tahun pemerintahan PH namun perkara tersebut ditentang PPBM.
Dari situ bermulalah ‘permusuhan’ Azmin dan Anwar.
Azmin diterima masuk ke PPBM selepas Sheraton Move dan dikekalkan sebagai Menteri sewaktu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Azmin turut mencabar Anwar untuk bertanding melawan dirinya pada PRU15 kelak bagi membuktikan siapa sebenarnya ‘anak jantan’.