Oliveira ungguli GP Thailand

BURIRAM: Pelumba KTM, Miguel Oliveira mengungguli Grand Prix (GP) Thailand dalam cuaca hujan yang menyaksikan pendahulu, Fabio Quartararo kini hanya berkelebihan dua mata selepas bergelut dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-17.

Hujan lebat memaksa perlumbaan ditangguhkan hampir sejam namun sejurus perlumbaan bermula, Oliveira meneruskan momentum ketika memenangi GP Indonesia untuk menewaskan pelumba Ducati, Jack Miller.



Ini adalah kemenangan kedua buat Oliveira pada musim ini.

Permulaan kurang baik dari Quartararo serta kurang pantas di atas trek basah memaksa pelumba itu menamatkan saingan di tangga ke-17.

Tempat ketiga menjadi milik Francesco Bagnaia dan keputusan itu membolehkan dia kini hanya ketinggalan dua mata di belakang pelumba dari Perancis itu.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button