Hentikan semua pendakwaan Politik sehingga Peguam negara Baru di lantik – Zaid Ibrahim
Oleh Adam Malik
Perkembangan terbaru politik tanahair melihatkan banyak perkara luar kebiasaan telah berlaku.
Dengan begitu banyak muncul bukti2 baru serta maklumat2 baru terdedah , maka semakin banyak persoalan telah timbul berkenaan banyak kes2 yang telah dan sedang berlansung atau pun kes yang masih ‘pending’.
Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir terlalu jelas sangat kuat berpolitik sehingga kes mahkamah dijadikan alat untuk mengenakan musuh politik.
Terkini , siasatan terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas sedang hendak bermula dan memang wajar semua dakwaan terhadap ahli politik dizaman kerajaan PH harus di tangguh atau dihentikan terlebih dulu.
Melalui tulisan Tommy Thomas terdapat banyak campurtangan dan salah guna kuasa berkemungkinan telah terjadi melibatkan pemimpn kerajaan PH terutama nya Tun Mahathir.
Rakyat sendiri boleh menjadi saksi bagaimana kes bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti masih belum didakwa dakwa lagi begitu juga dengan kes Hakim terima rasuah Nazlan Mohd Ghazali.
Dengan pembuktian kes ini masih terhalang dan disekat sahaja sudah cukup memberitahu rakyat siapa dalang menggangu bidang kehakiman kerana kedua Zeti dan Nazlan jika disabit kesalahan boleh menyeret ramai pemimpin PH terutama nya Tun Mahathir atas undang2 menyembunyi jenayah dan kes AMLA.
Zaid Ibrahim menyarankan sehingga Peguam Negara baru dilantik selepas PRU15 , maka sangat bertepatan pendakwaan politik dihenti dan ditangguh terlebih dahulu.
Turut menjadi mangsa kepada pendakwaan terpilih dan pendakwaan poltik ada lah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.
Pada kes Presiden UMNO amat teramg lagi bersuluh, bahawa turut menerima dana dari Ultra Kirana Sendirian Berhad (UKSB) ada lah Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin , Hishamuddin Hussin , Khairy Jamaluddin dan juga Shafie Apdal, namun yang diseret untuk menjawap hanya Zahid Hamidi.
Begitu juga dengan kes Datuk Seri Najib Razak , dimana Zeti Aziz, Nazlan Ghazali Nik Fesal dan Nor Yakob masih bebas kehulu kehilir .
Undang2 jenis apa kah ini?
Walaupun Zaid turut menyebut kes yang dihadapi oleh Syed Saddiq juga seharus ditangguh dulu , namun kes itu ada lah kes benar hanya ia diujudkan setelah Syed Saddiq enggan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang didakwa oleh Syed Saddiq.
Apa pun imej kehakiman dan keadilan negara semakin jelik dan tercemar dan keputusan kes boleh diduga oleh orang tepi jalan kerana terlalu jelas ia didorong oleh kepentingan politik pihak yang mengawal individu dalam sistem kehakiman dan perundangan.