OPEC mahu sekat pengeluaran minyak, harga bekalan dijangka naik

OPEC mahu sekat pengeluaran minyak, harga bekalan dijangka naik

OPEC mahu sekat pengeluaran minyak, harga bekalan dijangka naik

LONDON: Arab Saudi dan Russia dijangka mempertimbangkan rancangan negara pengeluar minyak dunia yang mahu menyekat bekalan dalam usaha menyokong kenaikan harga bahan api itu.

Langkah itu dibuat ketika seluruh dunia berusaha mengurangkan kos tenaga dalam menghadapi insiden pencerobohan berterusan Russia di Ukraine.



Lapor Daily Mail, sebanyak 13 anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) diterajui Riyadh dan 11 sekutu OPEC diketuai oleh Moscow, akan mengadakan mesyuarat bersemuka pertama sejak 2020.

Dalam mesyuarat itu, OPEC dijangka bersetuju dengan pengurangan pengeluaran minyak terbesarnya sejak permulaan pandemik Covid-19.

Situasi itu dijangka mendorong kenaikan harga minyak untuk kepentingan Presiden Vladimir Putin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Harga bekalan tenaga melonjak selepas Putin mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari lalu.



Keadaan itu mendorong inflasi ke paras tinggi selama berdekad-dekad yang memberi tekanan kepada ekonomi di seluruh dunia dan menyumbang krisis kos sara hidup pasca-pandemik di beberapa negara.

Bagaimanapun, harga minyak mentah jatuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan kebimbangan terhadap permintaan di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

Negara-negara pengguna mendesak OPEC+ meningkatkan pengeluaran bekalan bagi menurunkan harga minyak global.

Namun, sebahagian besar gesaan itu dikatakan diabaikan oleh pertubuhan berkenaan demi Putin.



Dalam pada itu, Putin menggunakan pengaruhnya ke atas pasaran minyak dan gas sebagai satu daripada cara untuk menghapuskan sekatan Barat yang dilaksanakan ke atas Moscow susulan insiden pencerobohan di Ukraine.

Beliau berharap tekanan terhadap pasaran itu akan menjejaskan Barat dari segi sokongannya ke atas Ukraine.

Dikenali sebagai OPEC+, pakatan itu secara drastik mengurangkan pengeluarannya hampir 10 juta tong sehari pada April 2020 untuk mengatasi kejatuhan harga minyak mentah disebabkan perintah berkurung Covid-19.

OPEC+ hanya mula meningkatkan pengeluaran pada tahun lalu selepas pasaran bertambah baik, dengan output kembali ke tahap pra-pandemik tahun ini.



Bulan lalu, kumpulan itu bersetuju untuk membuat sedikit pemotongan sebanyak 100,000 tong sehari bermula Oktober.

Sementara itu, penganalisis ekonomi di OANDA, Craig Erlam menjangkakan OPEC+ dalam mesyuarat itu bakal membincangkan untuk mengeluarkan sejuta tong sehari daripada pasaran bermula bulan depan.

“Wujudnya banyak khabar angin mengenai bagaimana pakatan itu akan bertindak balas terhadap prospek ekonomi yang merosot dan harga lebih rendah.

“Potongan pengeluaran besar sudah kelihatan, persoalannya sama ada jumlah itu memadai untuk mengimbangi permintaan disebabkan kemelesetan ekonomi yang akan berlaku,” katanya.



Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi

OPEC mahu sekat pengeluaran minyak, harga bekalan dijangka naik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button