Pahang bersedia, sasar 35 kerusi hadapi PRU15
Rakyat Pahang selesa di bawah BN
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
BN Pahang telah bersedia untuk menghadapi PRU15 dalam masa terdekat. Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, BN Pahang telah mula turun padang sejak kekalahan BN pada 2018.
Pilihanraya Kecil Cameron Highlands merupakan antara kejayaan kerja keras jentera BN/Umno dan menjadi pencetus kerjasama dengan PAS.
Menurut Wan Rosdy, BN Pahang mensasarkan sebanyak 35 kerusi DUN Pahang pada PRU15.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di WTC KL semasa Perjumpaan Khas Presiden Umno dan YAB Perdana Menteri bersama Pengerusi Perhubungan Negeri dan jentera 4 peringkat Umno.