PRU Demi Rakyat, Alasan Banjir Bukan Halangan

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat berpandangan sejak kebelakangan ini terdapat banyak kenyataan-kenyataan yang merupakan kenyataan populis mengatakan waktu tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya kerana musim banjir sudah hampir tiba.

Menurutnya, yang membuat kenyataan ini adalah dikalangan ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang mahupun pihak lawan dalam kerajaan.

Jelasnya, kesemuanya mereka ini kononnya memikirkan hal rakyat dengan memberi ‘soundbites’ yang sedap didengar tetapi secara lojiknya jauh tersasar.



“Sebaliknya keberangkalian banjir berlaku dimasa kempen pilihan raya itulah yang sepatutnya memberi ketenangan kepada rakyat yang mungkin akan terjejas dengannya.

“Jika banjir tidak berlaku, kehidupan mereka berjalan seperti biasa dan mereka boleh turut berkempen untuk parti yang mereka sokong atau hanya keluar untuk mengundi di hari kejadian.

“Jika banjir berlaku di waktu musim pilihan raya, sudah tentunya kesemua parti-parti yang bertanding akan bergesa-gesa mencurahkan pertolongan dari segi kudrat mahupun bantuan kewangan untuk mangsa. Sama ada di atas keikhlasan pihak tersebut ataupun semata-mata untuk meraih undi sekaligus beban mereka akan berkurangan berbanding dengan hanya bertungkus lumus dengan keluarga masing-masing membersihkan rumah dari lumpur dan sebagainya,” katanya.

Persoalannya di manakah lojik para pemimpin dan pembangkang yang mengatakan PRU akan membebankan mangsa?



Ujarnya, sebenarnya ianya akan membebankan mereka yang menolak cadangan pembubaran di waktu banjir kerana jika banjir berlaku calon-calon dan parti-parti pemalas inilah yang terpaksa menunjuk muka dan memberi bantuan kepada mangsa.

“Sebagai contoh di Johor dalam tiga minggu yang lepas telah terjadinya banjir dan lihat sahaja parti mana yang turun padang untuk membantu rakyat. Bayang-bayang pembangkang pun tiada kelihatan ditempat yang terlibat pada hal merekalah yang menyalak agar PRU tidak diadakan dimusim tengkujuh.

“Sebaliknya pemimpin-pemimpin mereka boleh pula turun ke tempat-tempat yang kering untuk memberi ceramah menentang PRU diadakan diwaktu ini sebab musim banjir hampir tiba. Ini sudah terbukti sebelum PRU diadakan, siapa yang turun padang dan membantu mangsa ketika susah dan siapa yang hanya sibuk berceramah menghasut rakyat.

“Kesimpulannya, pengundi-pengundi harus menolak mereka yangg tidak kehabisan menakut-nakutkan orang ramai atas nama kebajikan rakyat, sedangkan mereka membangkang kerana hendak elak dari membantu rakyat dikala mereka amat memerlukan pertolongan,” jelasnya lagi.



UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button