Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga

Pasangan selebriti Indonesia, mendapat liputan meluas.

Berita pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora mendapat liputan meluas.

Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga

Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar

Sudah keluar hospital

Rizky Billar dan Lesti Kejora - Berita pergolakan rumah tangga



Terbaharu, Lesti dilaporkan sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Rumah Sakit Bunda Menteng selama empat hari.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, Lesti enggan pulang ke rumah yang didiami bersama Rizky kerana masih berasa trauma.

Lesti tidak mahu serumah dengan Muhammad Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi berada di tempat selamat.

Tulang leher bergesel

Rizky Billar dan Lesti Kejora - Berita pergolakan rumah tangga



Sebelum ini, Detik.Com, berkongsi foto yang memaparkan Lesti terbaring di atas katil hospital dan dipakaikan pendakap leher.

Keadaan Lesti Kejora sewaktu dirawat di RS Bunda Menteng dengan lehernya dipasang pendakap.

Kata Zulpan, Lesti mengalami kecederaan pada dua bahagian leher gara-gara tindakan panas baran Rizky.

Ada dua bahagian tulang leher yang bergeser, jadi dipasang pendakap.



Pada minggu lalu, penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang. Pelakon yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.

Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Sumber: Detik.Com



Rossa tidak paksa anak ikut jejak

 

 



 

Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button