Wartawan Filipina ditembak mati
Wartawan Filipina ditembak mati
MANILA : Seorang wartawan Filipina ditembak mati ketika sedang memandu di ibu negara malam tadi
Insiden itu mengundang kecaman kumpulan media dan aktivis yang menyifatkan pembunuhan berkenaan sebagai tamparan kepada kebebasan akhbar.
Menurut polis, wartawan radio, Percival Mabasa, 63, dibunuh oleh dua penyerang di pintu pagar kawasan kediaman di Las Pinas di Manila .
Polis negara itu berikrar akan mencari keadilan ke atas serangan berkenaan namun pihak kerajaan tidak memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
Insiden terbaharu itu berlaku hanya beberapa minggu selepas kejadian pembunuhan kejam wartawan radio, Rey Blanco di Negros.
Filipina mempunyai salah satu persekitaran media paling liberal di Asia, tetapi kekal sebagai tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan terutama di wilayahnya.
Menurut badan pemerhati antarabangsa, Reporters Without Borders, sekurang-kurangnya 187 terbunuh sejak 35 tahun lalu di Filipina, termasuk 32 kematian dalam satu kejadian pada 2009.-AGENSI
Protes tudung di Iran: Ramai aktivis, wartawan ditangkap pihak berkuasa
Wartawan Filipina ditembak mati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cinta’ Anwar Dan Azmin Kembali Mekar Di Gombak
- Keangkuhan Hanipa Maidin Adalah Cerminan Peribadi Beliau Yang Sebenar
- Parlimen bubar Jumaat, pembentangan bajet ditangguhkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi