Xabi Alonso bakal menjadi pengurus West Ham

LONDON: Bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso dilaporkan berada dalam rangka untuk menjadi pengurus West Ham yang seterusnya.

Alonso, 41, menarik perhatian dengan transformasi menakjubkan dilakukannya bersama kelab Jerman, Bayer Leverkusen musim ini.

Apabila Alonso tiba pada Oktober, selepas tiga tahun mengendalikan pasukan Real Sociedad B, Leverkusen berada di tangga kedua terbawah dalam Bundesliga.



Kini mereka berada di tempat ketujuh dalam carta dan mara ke separuh akhir Liga Europa.

Masa depan pengendali West Ham, David Moyes musim ini semakin diragui dengan proses mengenal pasti bakal penggantinya menjelang musim depan sedang berjalan.

Kedudukan Moyes dipantau sepanjang tahun 2023 berikutan musim sukar yang menyebabkan kelab itu hanya empat mata daripada zon penyingkiran.

Kontrak semasa Moyes akan tamat pada penghujung musim depan.



Sumber memberi bayangan bahawa pertimbangan untuk menggantikan Moyes sudah bermula, sementara difahamkan juga bahawa potensi perpindahan musim panas turut dijangka membabitkan perubahan dalam kedudukan ketua jurulatih.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button