TIK TOK – NETIZEN SIFATKAN AKSI DUKUNG, PEGANG JANNA NICK & KEKASIH KETERLALUAN

Semua sedia maklum mengenai hubungan yang terjalin antara pelakon Janna Nick dengan pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann yang sebelum ini menerima kecaman gara-gara aksi mesra mereka.

Nampaknya pasangan ini sekali lagi dikecam apabila aksi mereka sedang melakukan cabaran Tik Tok mendapat perhatian. Aksi Janna didukung dan dipegang oleh teman lelaki dalam video tersebut disifatkan keterlaluan dan kurang sopan oleh netizen.

Meskipun niat Janna berkongsikan video tersebut sekadar hiburan, namun netizen kurang senang dengan tindakan tersebut memandangkan pasangan itu belum mempunyai ikatan yang sah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Malah, di ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan pelakon tersebut apatah lagi dia merupakan seorang selebriti yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terutama kepada anak muda. Walaupun banyak komen teguran diberikan, namun Janna dilihat tidak mendendahkan kata-kata netizen terhadap dirnya.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian terdahulu, Janna dan Dini turut memuat naik sekeping gambar bersama dengan menulis tarikh ‘istimewa’ 2.2.2021 di ruangan kapsyen. Rata-rata netizen membuat spekulasi mungkinkah Janna bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker