10 pegawai, anggota PDRM sertai Misi Pengaman PBB

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar sembilan pegawai kanan dan seorang anggota polis ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan pada Isnin ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita yang akan menyertai misi berkenaan selama setahun.

Beliau berkata penyertaan pasukan PDRM untuk misi berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaituΒ Individual Police OfficersΒ (IPOs) danΒ Formed Police UnitΒ (FPU).

“Penugasan IPOs di misi PBB berkonsepkanΒ traditional approach buildingΒ khususnya dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.



“Ia lebih tertumpu ke arah pembaharuan, pembinaan dan penstrukturan semula negara-negara yang mengalami krisis dan pergolakan tertentu,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat dan Atur Gerak Misi Pengaman PBB ke Sudan Selatan di Bukit Aman di sini hari ini.

Acryl Sani berkata IPOs turut berperanan menangani pelbagai isu antaranya seperti hak asasi manusia, kepolisan antarabangsa, kepolisan komuniti, bimbingan dan pemantauan.

Menurutnya, IPOs daripada PDRM telah berkhidmat di 13 negara misi PBB dan kali terakhir adalah pada tahun 2018 di Sudan Selatan.

Beliau berkata sehingga kini, tiada lagi IPOs dan FPU PDRM ditempatkan di misi PBB.



“Saya ingin maklumkan, daripada keseluruhan 132 calon yang layak bagi pemilihan, seramai 113 calon telah lulus dan siap sedia untuk dihantar menyertai misi PBB dengan peratusan kelulusan sebanyak 86 peratus.

“Selain itu, PDRM juga telah mendapat 10 kuota tambahan IPOs wanita ke Sudan Selatan yang kini dalam proses menunggupihak berkuasa perjalanan serta lima calon pegawai kanan sebagai penasihat polis bagi misi ke Somalia,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker