Pembiayaan peribadi umrah, pelancongan

Pembiayaan peribadi umrah, pelancongan

Pembiayaan peribadi umrah, pelancongan
MUJIBBURRAHMAN (lima dari kiri) bersama wakil syarikat yang mengambil bahagian dalam pakej pembiayaan peribadi patuh syariah.

Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama empat syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan untuk melaksanakan pakej pembiayaan peribadi patuh syariah bagi ibadah umrah dan pelancongan mesra Muslim.

Perjanjian itu membabitkan Maqbul Travel & Tours Sdn Bhd, Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd, Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd dan Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, perjanjian ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk memilih pakej bersesuaian dengan kewangan mereka.



“Melalui pemeteraian bersama syarikat terbabit, ia secara tidak langsung memberi lebih pilihan kepada pelanggan layak memilih pakej umrah dan pakej pelancongan Muslim menggunakan kemudahan pembiayaan BSN.

“Ia ditawarkan untuk pelanggan BSN dari sektor kerajaan dan swasta terpilih,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Menurutnya, pembiayaan peribadi ditawarkan adalah di bawah pembiayaan Islamik berkonsepkan tawarruq dengan jumlah pembiayaan minimum RM10,000 hingga maksimum RM400,000.

Tempoh pembiayaan pula antara dua hingga 10 tahun bergantung kepada pakej pembiayaan dimohon serta kelayakan pemohon.

Pelanggan mempunyai pilihan memohon pembiayaan melalui pelan kemudahan sandaran Sijil Simpanan Premium (Sandaran SSP).

Skim pembiayaan ini menawarkan perlindungan takaful bagi jaminan pelunasan penuh pembiayaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dan tidak mendatangkan bebanan hutang kepada ahli keluarga pemohon.



Katanya, 50 pelanggan pertama yang memohon pembiayaan peribadi patuh syariah bagi umrah dan pelancongan mesra Muslim berpeluang memenangi baucar Siti Khadijah bernilai RM400 setiap seorang bersempena kerjasama ini.

Pembiayaan peribadi umrah, pelancongan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading