Liverpool berdepan ujian berat

 

London: Aksi tidak konsisten untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menambah sengsara Liverpool jika mereka tumpas kepada Arsenal menjelang perlawanan Ahad ini di Stadium Emirates.

Virgil van Dijk menggesa rakan sepasukannya untuk menyerap tekanan sekali gus dapat menghentikan permulaan kurang cemerlang musim ini.



Permulaan perlahan ini menyaksikan pasukan bimbingan Jurgen Klopp sudah ketinggalan 11 mata di belakang Arsenal dan tidak boleh terus ditinggalkan lebih jauh lagi.

Selepas hanya menang dua daripada tujuh perlawanan liga, Liverpool akan melalui aksi genting di London itu, diikuti dengan perlawanan di tempat lawan menentang Rangers bagi saingan Liga Juara-Juara (Khamis) dan menanti kunjungan Manchester City pada 16 Oktober.

Selepas seri 3-3 menentang Brighton hujung minggu lalu, Liverpool bangkit dengan mengalahkan Rangers 2-0 pertengahan minggu ini dan Van Dijk mahu rakan sepasukannya membantu momentum berkenaan ketika berdepan Arsenal.

“Ia adalah aksi yang sangat penting. Mereka (Arsenal) berada dalam keadaan baik buat masa sekarang.



“Bagaimanapun, jika anda lihat keputusan EPL, tidak ada siapa yang meletakkan harapan kepada kami.

“Kami tahu di mana kemampuan kami. Kami tahu apa yang akan dijangkakan. Mereka berada dalam keadaan baik sekarang, penuh keyakinan dan ia adalah antara perlawanan besar,” kata Van Dijk

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button