Mesyuarat Penuh Harmoni, Bukti UMNO Matang Berpolitik

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Zaidy Abdul Kadir menzahirkan penghargaan kepada seluruh akar umbi UMNO berjaya menyelesaikan persidangan cawangan UMNO di bahagian masing-masing.

Dalam hal ini beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol menyatakan persidangan UMNO cawangan seluruh negara dilaksanakan dengan begitu jayanya.

“Saya ucapkan tahniah kepada cawangan UMNO di seluruh negara di atas kejayaan menganjurkan mesyuarat cawangan dengan jayanya. Kejayaan penganjuran mesyuarat cawangan UMNO di seluruh negara itu membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang sempurna dari segi struktur partinya.



“Kelancaran mesyuarat cawangan UMNO yang berlangsung dalam suasana cukup harmoni juga adalah bukti bahawa UMNO sentiasa matang dalam berpolitik. Ini amat berbeza dengan parti lawan yang penganjurannya mesyuarat akar umbi mereka sentiasa tegang dan tidak harmoni.

“Suara akar umbi sentiasa menjadi penentu kepada hala tuju parti supaya tidak lari daripada perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara. Saya yakin dan percaya, apa pun pandangan ahli akar umbi di peringkat cawangan akan dinilai sebaiknya oleh kepimpinan parti seterusnya menjadikannya sebagai fundamental utama kepada perjuangan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Dalam pada itu Zaidy mengharapkan agar seluruh ahli UMNO terus memperkukuhkan parti demi kemenangan pada PRU15.

“Mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada minggu ini dan seterusnya persidangan bahagian akan dijalankan pada 14 hingga 16 Oktober ini dan berharap seluruh akar umbi sentiasa berganding bahu, siap siaga dan fokus utama bawa kemenangan UMNO pada PRU nanti.



“Mantapkan lagi gerak kerja di samping memperkukuhkan ukhwah serta merangka strategi mentaliti menang untuk meraih sokongan rakyat dan mendapat mandat besar,” ujarnya.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button