PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
Oleh Adam Malik
Sebenarnya, yang sibuk bermain isu pilihanraya dalam musim banjir hanyalah parti2 politik tertentu sahaja.
Mereka sendiri tidak dapat menentukan Tarikh sebenar banjir.
Hari mengundi boleh di tentukan namun hari banjir yang sebenar tidak dapat ditentukan dan tiada siapa yang tahu.
Selalunya pada hujung tahun dimana hari krismas dan tahun baru disambut ahli politik tertentu seperti seorang yang ada dalam parti PEJUANG dan beberapa lainnya dari parti DAP dan PKR sudah pun berada di London untuk bercuti.
Itu rutin tahunan mereka bersama anak dan isteri.
Maka , banjir atau tidak dihujung tahun mereka tidak pun peduli.
PRU15 jika diadakan dalam tahun 2022 ia dianggap PRU awal oleh pihak pembangkang sepert PH dan juga PN.
Namun paling kuat berkempen hari2 adalah dari parti2 yang tidak suka PRU diadakan pada tahun ini.
Rafizi Ramli , misalnya sudah pun berkempen awal untuk PH bagi menghadapi PRU15, tapi amat takut untuk berhadapan dengan hakim rakyat.
Rafizi sanggup ugut Ismail Sabri akan dienjarakan jika adakan PRU awal.
Skandal2 dan isu2 yang dibawa oleh Rafizi bermotif untuk menggantikan skandal 1MDB bagi modal PRU15.
Isu Littoral Combat Ship (LCS) dan isu Meriam masih belum mendapat sambutan rakyat.
“Momentum hatred” yang cuba dibuat oleh Rafizi dengan skandal mainan nya masih tidak dilayan dan ‘wave’ kebencian tidak setara skandal 1MDB yang berjaya di buat pada PRU14 lalu.
Atas sebab ini dan banyak faktor lain maka pihak PH , PN dan GTA amat gusar kerana ‘wow’ faktor masih belum ada.
PH, PN dan GTA masih teraba raba lagi isu apa untuk dimainkan.
PH, PN dan GTA bukan parti dan Gabungan untuk berbakti kepada rakyat , mereka hanya pandai membangkang dan hidup atas silap pihak lawan.
Mahathir misalnya, tidak akan umum apa2 yang menguntungkan rakyat atas sifat kedekut kepada rakyat.
Mahathir hanya mampu beri ‘lips servoce’ seperti nasihat , kenyataan dan teguran sahaja.
Kepada Mahathir wang negara hanya sesuai dijadikan projek untuk dapat kepada kroninya sahaja maka itu sebab Mahathir tidak suka kepada BRIM dan anggap ia nya sogokan.
Selain itu , PKR yang ada juga penyokong Melayu juga tidak berani umum apa2 pemberian kerana dipantau oleh DAP.
DAP tidak suka kepada apa2 bantuan dan pemberian jika pihak yang dapat manfaat ramai kalangan bukan puak mereka.
Itu sebab juga DAP tidak suka kepada projek2 atau pembinaan rumah murah.
Pemimpin2 PH,PN dan GTA hanya mampu mengadap rakyat untuk bercerita tentang pemimpin UMNO sahaja kerana itu perkara paling mudah.
Kini, apabila PRU15 hendak diadakan awal, protes besar besaran hanya datang dari parti2 yang berasal dari PH.
Ini kerana mereka mendapat laporan bahawa rakyat masih lagi dengan ‘wave’ 7-0 PRK dan 3-0 PRN kemenangan kepada BN.
Penipuan kerajaan 22 bulan masih segar dan rakyat ingin membetul kan kesilapan mereka seerta mengajar PH dan sisa mereka dalam PN serta Tun Mahathir.
Sedikit sahaja peratus yang berganjak dari status ini.
Maka, atas sebab itu lah PH, PN dan GTA mahu PRU15 dilambatkan.
Sambil mereka mahu melambatkan untuk mencari kekuatan, mereka guna nama ‘rakyat’ untuk helah ini.