Rashford cetus kebangkitan United

PARIS: Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Cyprus, Omonia Nicosia 3-2 dalam aksi Liga Europa.
Marcus Rashford meledak dua kali dan Anthony Martial turut menemui sasaran selepas kedua-dua pemain itu dimasukkan pada babak kedua.
Tuan rumah mendahului menerusi pemain Iran, Karim Ansasrifard pada minit ke-34. Nikolas Panagiotou merapatkan jurang ketika permainan berbaki lima minit untuk Omonia kendalian Neil Lennon.
Ia adalah kemenangan kedua United kendalian Erik ten Hag selepas tiga aksi Kumpulan E.
“Tugas selesai, tetapi kami berharap dapat beraksi lebih baik. Kami tidak bertahan dengan teruk, tetapi kami melakukan kesilapan,” kata Rashford.
Cristiano Ronaldo, yang sekadar memanaskan bangku simpanan ketika kekalahan 6-3 United kepada Manchester City, bermain penuh 90 minit pada penampilan keempatnya dalam kesebelasan utama kelab musim ini.
United kekal di tangga kedua kumpulan di belakang Real Sociedad, yang menang buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sheriff Tiraspol 2-0 di Chisinau.
AFP