Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?

Ini 8 Fitur Terbaharu Yang Patut Anda Pertimbangkan Sebelum Beli

Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?

Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?
SAMSUNG Galaxy S24

Galaxy AI pada siri SAMSUNG Galaxy S24 boleh dikatakan sebagai highlight yang dibawakan oleh siri Samsung S24 kali ini.

Galaxy AI ialah koleksi ciri berasaskan AI yang muncul buat kali pertama pada trio siri Galaxy S24.

Dan Galaxy AI membawa ciri AI untuk pelbagai senario penggunaan daripada penyuntingan foto, transkripsi rakaman audio, kepada sembang berbagai bahasa dan panggilan telefon.

Berikut ialah 8 ciri Galaxy AI baharu yang boleh digunakan pada Samsung S24, S24 Plus dan S24 Ultra.

1. Live Translate

Terjemahan Langsung, berfungsi sebagai penterjemah suara dan teks dua hala yang berfungsi secara langsung atau dalam masa nyata pada panggilan telefon konvensional.

2. Generative Edit

Edit Generatif, ciri AI untuk mengedit foto seperti melaraskan sudut, memadamkan objek, objek bergerak dan menetapkan saiz objek.

Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?

 

3. Interpreter 

Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?

 

Interpreter, ciri AI ini membolehkan dua orang mengadakan perbualan langsung dalam dua bahasa berbeza, contohnya bahasa Korea dan Inggeris. Kemudian, perbualan akan diterjemahkan serta-merta melalui paparan skrin belah pada peranti.

4. Chat Assist

Chat Assist, ciri AI ini menawarkan terjemahan, pengesyoran gaya bahasa. Ia juga mampu membuat pembetulan ejaan dan tatabahasa pada teks dalam Google Messages, WhatsApp dan e-mel. Ciri ini tersedia melalui Papan Kekunci Samsung terbina dalam.

5. Note Assist

Note Assist, ciri AI ini boleh membuat ringkasan, terjemahan dan ejaan yang betul dalam nota dalam aplikasi Samsung Notes. Terdapat juga pilihan “Auto format” di mana Galaxy AI akan menukar format nota pengguna kepada mata bullet atau format minit mesyuarat.

Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?

 

6. Transcript Assist

Transcript Assist, teknologi AI ini membolehkan Samsung S24 Ultra menyalin rakaman suara secara verbatim atau perkataan demi perkataan. Juga Transcript Assist juga mampu meringkaskan dan menterjemah rakaman suara.

Tak Tahu Apa ‘Special’ Siri SAMSUNG S24?

 

7. Circle-to-Search

Circle-to-Search, teknologi AI ini menawarkan cara baharu menyemak imbas pada mudah alih. Dengan ciri ini, pengguna boleh mencari nama bangunan/tanda tempat dan juga pakaian OOTD daripada artis terkenal daripada imej serta-merta.

 

8. Browsing Assist

Browsing Assist dalam browser Samsung, “Internet”. Kemudian, pengguna boleh meringkaskan dan menterjemah teks pada halaman dengan serta-merta.

 

Apa yang lebh istimewa ialah Samsung kini memberi jaminan bahawa semua model siri Samsung S24 akan menerima 7 generasi kemas kini OS Android.

Apabila dikeluarkan, siri Galaxy S24 menjalankan sistem pengendalian (OS) Android 14 yang disalut dengan antara muka Samsung terkini OneUI 6.1. Ini bermakna OS pada telefon bimbit ini boleh dinaik taraf kepada Android 21 pada tahun 2031.

Untuk membuat tempahan, anda boleh layari pautan INI, Untuk maklumat lanjut berkenaan siri Galaxy S24 ini, anda boleh layari laman web, facebook, X dan Instagram Samsung.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker