Cuci wang daripada najis anjing demi AS$4,000

Cuci wang daripada najis anjing demi AS$4,000

Cuci wang daripada najis anjing demi AS$4,000
SERPIHAN wang itu dibersihkan, dicantumkan dan dihantar ke bank. FOTO Instagram

Pittsburgh, Amerika Syarikat: Suami isteri di Pennsylvania terkejut apabila haiwan peliharaan memakan wang tunai milik mereka, berjumlah AS$4,000 (kira-kira RM18,602).

Independent melaporkan Cecil, anjing baka Goldendoodle itu dilaporkan tidak cedera selepas menelan wang itu, baru-baru ini.

Pemilik Cecil iaitu Carrie dan Clayton Shaw kemudian terpaksa membersihkan wang itu daripada najis anjing mereka.



Carrie memberitahu Pittsburgh City Paper bahawa Cecil selalu berkelakuan baik, bahkan ada masanya tidak mahu pun menyentuh makanan yang dibawanya pulang.

“Saya terkejut apabila tiba-tiba Clayton berteriak kepada saya, ‘Cecil sedang makan AS$4,000!’ Saya fikir saya tidak boleh mendengar itu. Saya hampir mengalami serangan jantung,” katanya.

Clayton memberitahu CNN bahawa dia mengeluarkan wang itu dari bank untuk membayar pekerja yang membaiki pagar dan meletakkan wang itu di atas meja dapur, tetapi 30 minit kemudian, wang sudah terkoyak selepas dimakan Cecil.

Pasangan itu cuba mengumpulkan sebanyak mungkin wang yang terkoyak tetapi sedar mereka perlu menunggu sehingga Cecil ‘mengeluarkan’ lebih banyak cebisan wang kertas itu menerusi najis.



Clayton memberitahu CNN bahawa dia terjaga pada malam Jumaat dan mendapati Cecil memuntahkan sekeping wang kertas AS$100 (kira-kira RM465).

Dalam beberapa hari berikutnya, mereka mengumpulkan sisa wang kertas daripada najis anjing itu dan dapat ‘memperoleh’ sekurang-kurangnya AS$3,350 (kira-kira RM15,585).

“Kami mencuci wang sudah kotor dan berbau sangat busuk itu di sinki. Apabila berjaya, kami berteriak ‘Yeah! Ya! Kami dapat satu lagi!” kata Carrie kepada City Paper.

Dalam video di media sosial yang mendokumentasikan kisah itu, dia menambah bahawa bank memaklumkan kepada mereka bahawa kejadian seperti itu sering berlaku dan bank boleh memberi jaminan menggantikan wang kertas itu, jika nombor siri masih utuh.



Cuci wang daripada najis anjing demi AS$4,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button