Puteri Sarah ‘Sound’ Kaki Fitnah
Bawa Kes Ke Mahkamah, “Bukan Jadi Tin Kosong”
Puteri Sarah ‘Sound’ Kaki Fitnah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi amaran kepada kaki fitnah supaya mengemukakan bukti kukuh sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Menerusi satu hantaran gambar di Instagram, pelakon berkenaan dilihat berada di sebuah firma guaman untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang menfitnahnya.

Difahamkan, Puteri Sarah Liyana membawa isu ini ke mahkamah selepas seorang wanita tampil di program Melodi menafikan dakwaan yang dibuat Sarah mengenai pecah amanah.
Dalam temu bual tersebut, wanita yang tak mendedahkan identiti berkata dirinya sebenarnya telah ditipu aktres berkenaan.
Dakwa individu itu lagi, aktres tersebut telah memutar belit cerita menyebabkan namanya tercalar dan mendedahkan dia merupakan rakan kongsi pelakon berkenaan.
Meskipun tak menyebut nama, ramai yang meneka aktres yang dimaksudkan adalah Puteri Sarah Liyana. Tup tup Sarah ambil tindakan undang-undang pula kan?
Terdahulu, Puteri Sarah mendakwa seorang pegawai pemasaran yang dilantik syarikatnya telah pecah amanah dan songlap wang berjumlah RM26,000.
Kredit: Instagram Puteri Sarah | Melodi
Puteri Sarah ‘Sound’ Kaki Fitnah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran ‘The So Called Professor’ Terhadap Penubuhan RCI Pulau Batu Puteh
- Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau
- Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :