Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat

Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat

Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mahu supaya bayaran bulanan yang diberikan kepada bekas wakil rakyat diteruskan.

Presidennya Abdul Aziz Rahman berkata, bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut gratuity (ganjaran).

“JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) panggil ia pencen sedangkan ia bukan pencen”.



“Ia gratuity, itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat”.

“Beza dan lain, kalau kakitangan kerajaan takkanlah enam tahun (bekerja) dapat pencen”.

“Itulah definisinya sebab wakil rakyat bukan pegawai kerajaan, bukan kerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan rakyat 24 jam sehari”.

“Pemberian gratuity (ganjaran) juga diamalkan di seluruh negara Komanwel”.



“Selepas seseorang itu tidak lagi menjadi wakil rakyat dan adalah secara mengikut paten seperti yang diterima bekas wakil rakyat di negara ini,” jelas beliau.

Kenyataan tersebut beliau buat sebagai respon kepada kenyataan yang dibuat Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal yang mahu supaya pencen ahli politik juga dimansuhkan.

Pada pendapat penulis, walau apa pun pemberian kepada bekas ahli politik dipanggil, ianya tetap menggunakan wang negara dan rakyat.

Abdul Aziz juga jangan lupa, sepanjang perkhidmatan seseorang wakil rakyat, mereka telah memperolehi pelbagai keistimewaan yang tidak dinikmati rakyat biasa.



Alasan ianya merupakan amalan bagi negara Komanwel juga bukanlah hujah yang kukuh untuk mempertahankan pemberian bulanan kepada bekas ahli politik.

Ia hanya amalan dan sekira ianya terdapat dalam perlembagaan sekali pun, ia tetap boleh diubah sebagaimana cadangan pemansuhan pencen pesara penjawat awam.

Keadaan kewangan negara kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal akibat salah urus pemimpin politik yang menjadi menteri.

Jadi, sebelum meminta rakyat berkorban, bekas ahli politik terlebih dahulu mesti berkorban.



Sampai bila ahli politik hanya mahukan pengorbanan dari rakyat sedangkan segala keistimewaan yang mereka nikmati tidak boleh diganggu gugat.

Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button