Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!
Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

Samsung Electronics Co., Ltd. telah melancarkan Galaxy S24 Ultra, Galaxy S24+ dan Galaxy S24, dan secara langsung memperkenalkan pengalaman mudah alih baharu dengan Galaxy AI. Siri Galaxy S menerajui era baharu yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna selama-lamanya. AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dengan fitur ProVisual Engine Galaxy, dan menetapkan standard baharu untuk carian di atas talian yang akan mengubah cara pengguna Galaxy menjelajahi dunia di sekeliling mereka.

“Siri Galaxy S24 mengubah cara kami berhubung dengan dunia dan menyemarakkan inovasi mudah alih untuk dekad seterusnya,”-kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics.

“Galaxy AI dibina atas warisan inovasi dan pemahaman kami yang mendalam terhadap cara orang menggunakan telefon mereka. Kami bersemangat untuk melihat bagaimana pengguna kami di seluruh dunia memperkasakan kehidupan seharian mereka dengan Galaxy AI untuk mengorak kemungkinan baharu.”-Tambahnyalagi

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

 

Rancakkan Pengalaman Seharian Anda

Galaxy AI memperkenalkan kecerdasan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti setiap aspek kehidupan, terutamanya peranan telefon yang paling asas: komunikasi. Apabila anda menghadapi kekangan Bahasa, samada semasa berbual dengan pelajar atau rakan sekerja lain dari luar negara, meskipun membuat tempahan semasa bercuti di negara lain, Galaxy S24 menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum in. Semuanya beres dengan fitur Live Translate, iaitu suatu fitur penterjemahan suara dan teks masa nyata dua hala,bagi panggilan telefon dalam aplikasi terbina. Pengguna tidak memerlukan sama sekali sebarang apl pihak ketiga dan AI terbina memastikan perbualan pengguna adalah selamat dengan sepenuhnya.

Dengan fitur Interpreter, perbualan boleh diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin terpisah supaya orang yang berdepan boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.



Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

 

Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist boleh membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial. Kecerdasan Buatan (AI) yang terbina ke dalam Papan Kekunci Samsung juga boleh menterjemahkan mesej secara langsung ke dalam 13 bahasa. Di dalam kereta, Android Auto akan merumuskan mesej yang diterima secara automatik dan mencadangkan balasan serta tindakan yang bersesuaian, seperti memaklumkan jangkaan masa ketibaan anda, supaya anda boleh terus berhubung sambil memberi tumpuan kepada jalan raya.

Aktiviti pengurusan juga kuat didayakan dengan fitur Note Assist  dalam Samsung Notes, yang menampilkan ringkasan yang dihasilkan oleh AI, penciptaan templat yang megolah nota mengikut format tersedia, dan mengarang muka nota untuk memudahkan imbasan maklumat. Untuk rakaman suara, walaupun terdapat beberapa penceramah, fitur Transcript Assist menggunakan kecerdasan buatan dan teknologi Speech-to-Text untuk mentranskripsi, merumus, dan juga menterjemahkan rakaman.

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

 

Nikmati Keindahan Dunia Dengan Kreativiti Terserlah

Fitur ProVisual Engine dalam siri Galaxy S24 adalah lengkapan komprehensif alatan berkuasa AI yang meningkatkan kebolehan menangkap imej dan memaksimumkan kebebasan kreatif, daripada menyediakan syot sehinggalah kepada berkongsinya di media sosial. Hilang sudah imej goyah dan berpiksel yang diambil dari jauh – sistem Quad Tele Galaxy S24 Ultra, yang dikuasakan kanta zum optik 5x baharu dan fitur Adaptive Pixel Sensor, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x. Imej juga jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x berkat zum digital yang dipertingkatkan.

Produk Model RRP Pilihan Warna
Galaxy S24 Ultra Galaxy S24 Ultra 

(1TB)

RM7,799
  • Titanium Gray
  • Titanium Yellow
  • Titanium Violet
  • Titanium Black
  • Online Exclusive (Titanium Blue, Titanium Orange, Titanium Green)
Galaxy S24 Ultra (512GB) RM6,799
Galaxy S24 Ultra (256GB) RM6,299
Galaxy S24+ Galaxy S24+ 

(512GB)

RM5,399
  • Cobalt Violet
  • Amber Yellow
  • Marble Gray
  • Onyx Black
  • Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)
Galaxy S24+ 

(256GB)

RM4,899
Galaxy S24 Galaxy S24 

(512GB)

RM4,599
  • Amber Yellow
  • Cobalt Violet
  • Marble Gray
  • Onyx Black
  • Online Exclusive (Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green)
Galaxy S24 

(256GB)

RM4,099

* Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di www.samsung.com/my/



*  Model 1TB hanya eksklusif di www.samsung.com/my/

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

 

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy S24, sila lawati: Samsung NewsroomSamsungmobilepress.com atau Samsung.com.

Tempah sekarang:

Dapatkan sekarang!, Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman baru dari SAMSUNG!

Rasai Dunia Terbaharu AI Bersama Siri Samsung Galaxy S24!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker