Mat Jargon Meroyan Lagi

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Mat Jargon Meroyan Lagi

Wan Ahmad Fahysal (Mat Jargon) memang terkenal kerana sering membuat lawak Senario yang beliau rasakan boleh mengangkat beliau sebagai hero.

Baru-baru ini kecoh mengenai himpunan boikot oleh penunggang Grabfood.



Himpunan itu adalah sebagai membantah keputusan syarikat tersebut untuk mengurangkan kadar upah penunggang Grabfood dari RM5.00 kepada RM4.00.

Pelik bila himpunan boikot itu diketuai oleh Mat Jargon.

Lebih pelik bila penunggang Grabfood membenarkan diri mereka ditunggang oleh Mat Jargon yang mahu mendapatkan political mileage.

Mungkin penunggang Grabfood tidak sedar atau tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, Mat Jargon pernah kempen untuk boikot Grabfood kerana didakwa menyokong Israel.



Bagaimana Mat Jargon Tunggang Isu Penunggang Grabfood?

 

Mat Jargon Meroyan Lagi

 

Kerjaya sebagai penunggang Grabfood adalah termasuk di dalam aktiviti ekonomi gig.



Tidak ada perjanjian tetap mengenai kadar upah antara syarikat dan pekerja.

Ekonomi gig menjadi sangat popular di era pandemik Covid-19.

Ketika itu perdana menteri, Muhyiddin, mengurung rakyat dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Banyak permintaan perkhidmatan penghantaran diperlukan kerana rakyat tidak boleh keluar rumah kecuali yang terlibat dalan industri tertentu, termasuk ekonomi gig.



Kadar upah yang diberikan syarikat adalah bergantung kepada keadaan perniagaan mereka.

Sekiranya perniagaan baik, maka kadar upah tinggi dan begitu juga sebaliknya.

Ia tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan.

Selama ini, perniagaan syarikat Grab agak maju dan mereka mengekalkan kadar upah RM5.00.



Tetapi selepas meletusnya perang Palestin dengan Israel, beberapa pihak telah menggerakkan kempen boikot produk Mc Donald, KFC dan beberapa produk berkaitan Israel.

Ianya sudah tentu menjejaskan perniagaan syarikat Grab.

Tetapi Mat Jargon menghasut penunggang Grabfood dengan mengatakan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.

Maka berlakulah himpunan boikot penunggang Grabfood.



Kepada penunggang Grabfood, ada beberapa soalan dari penulis:

  1. Tidakkah terfikir tindakan itu akan lebih memburukkan perniagaan syarikat Grab dan bagaimana kalau mereka menamatkan terus industri ekonomi gig syarikat?
  2. Apakah ketika itu, Mat Jargon akan membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan baharu?
  3. Apakah yang menyebabkan perniagaan Grabfood merudum?
  4. Cuba cari sebab mengapa himpunan tersebut tidak disertai oleh penunggang dari syarikat lain?
  5. Mengapakah kadar upah di syarikat lain dapat dikekalkan?

Kepada penunggang Grabfood, jangan biarkan diri ditunggang oleh politikus seperti Mat Jargon.

 

Mat Jargon Meroyan Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button