Doktor ‘Halang’ Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan?

Doktor 'Halang' Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan

Doktor ‘Halang’ Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan?

Adakah sekarang ini ‘kuasa doktor perubatan’ sudah dianggap sebagai kuasa yang paling mutlak dalam negara kita?

Masih ingat isu mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz, telah ditangguhkan keterangan beliau di mahkamah?

Bukan sehari dua ianya ditangguhkan, tetapi hampir setahun!!!



Bukan sedikit masa mahkamah dibazirkan dan setiap pembairan masa mahkamah sudah tentu melibatkan kos yang sangat tinggi.

Kenapa keterangan Zeti di mahkamah telah ditangguhkan?

Kerana doktor telah ‘menganugerahkan’ beliau sijil cuti sakit dalam tempoh yang cukup lama.

Tetapi yang menghairankan, ketika berada dalam cuti sakit, Zeti masih boleh bergerak ke sana, ke sini dengan bebas.



Malah, Zeti juga dilihat telah merasmikan beberapa majlis ketika berada dalam cuti sakit.

Bukanlah maksud penulis bila berada dalam cuti sakit, beliau mestilah dilihat terlantar di atas katil.

Tetapi kalau dilihat sihat untuk menghadiri majlis rasmi, apa masalahnya untuk datang beri keterangan di mahkamah?

Kini isu yang sama timbul kembali.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah mengesahkan pihak SPRM sudah mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Daim.

Tetapi pendakwaan itu terpaksa ditangguhkan kerana Daim kini masih menerima rawatan di salah satu hospital swasta.

Lebih menghairankan, doktor yang merawat Daim enggan menjelaskan apakah masalah kesihatan Daim.

Kenapa masalah kesihatan Daim mesti dirahsiakan?



Adakah kerana Daim menghidap HIV atau siplis atau mati pucuk atau penyakit kronik yang lain sehingga ianya mesti dirahsiakan?

Yang meminta penjelasan ialah pihak SPRM bukannya orang gelandangan.

Apakah hospital di Malaysia kini sudah bertukar fungsinya?

Dari tempat untuk mendapatkan rawatan kepada tempat perlindungan kepada golongan PATI elit dari menghadapi kes mahkamah?



Apakah tindakan Menteri Kesihatan atau Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan untuk membendung PATI elit yang dayus ini dari terus memanipulasi hospital?

 

Doktor ‘Halang’ Pendakwaan Daim, Apa Tindakan KP Kesihatan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button