Apakah Tiada Pilihan Selain Menghapuskan Pencen?

Apakah Tiada Pilihan Selain Menghapuskan Pencen

Apakah Tiada Pilihan Selain Menghapuskan Pencen?

Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid Hamidi, benar-benar telah mengejutkan banyak pihak.

Bukan hanya penjawat awam dan bakal penjawat awam sahaja yang terkejut, tetapi pemimpin politik di akar umbi juga turut terkejut.

Bagi mereka, kenyataan yang dibuat oleh DS Zahid adalah satu kenyataan membunuh diri.



Sudahlah kini UMNO bergelut untuk merebut kembali sokongan Melayu dari PAS, sekarang timbul pula satu isu baru.

Penjawat awam dan Melayu memang tidak boleh dipisahkan.

Lebih 90% dari penjawat awam yang ada sekarang terdiri dari orang Melayu.

Jadi menimbulkan kemarahan penjawat awam sama seperti menimbulkan kemarahan orang Melayu.



Mengapa panik dan marah?

Jika utk populis biarkan sahaja skim pencen diteruskan.

Tetapi menjelang 2040 kerajaan akan terbeban sehingga RM120 billion setahun hanya utk pemberian pencen sahaja.

Kita mesti sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen.



Sebagai contoh pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion.

Kemudiannya meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021.

Ini merupakan beban yang sangat tinggi dan saban tahun akan akan terus meningkat.

Pada 2018 Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah penduduk yang tertinggi di Asia Pasifik.



Seramai 1.6 juta orang mewakili 11% daripada tenaga kerja di negara ini.

Namun kakitangan awam di Malaysia dikira sekali untuk ketiga tiga sektor teras.

Kesihatan, keselamatan dan pendidikan.

Sektor ini sahaja berjumlah 600 ribu orang.



Pembangkang Pasti Tidak Akan Melepaskan Bola Tanggung Percuma

Tidak hairan Muhyiddin pantas memberi komen tentang isu ini.

Kerana kita tahu di era beliau, buat pertama kali dalam sejarah kerajaan mempunyai menteri kabinet paling ramai, iaitu 70 orang.

Muhyiddin peduli apa beban kerajaan.

Yang penting menjadi perdana menteri dengan mengamalkan scheme of things.



Tetapi jangan kita diperdaya dengan putarbelit pembangkang lagi.

Pada penjawat awam yang masih menikmati skim pencen, ianya akan diteruskan.

Begitu juga dengan penjawat awam yang masih lagi dalam perkhidmatan, skim baru ini tidak akan menjejaskan mereka.’

Ianya hanya berkuatkuasa mulai pengambilan 1 Februari 2024.

Dan status kontrak yang dimaksudkan adalah sementara skim baru ini dimuktamadkan dan diperhalusi.

Selepas itu, mereka akan diserapkan sebagai penjawat awam bertaraf tetap tetapi tidak berpencen.

Apakah Kerajaan Tidak Mempunyai Pilihan Lain?

Pada pendapat penulis, sebelum melaksanakan sepenuhnya skim baru, ada beberapa perkara yang boleh diteliti sebagai soft landing penghapusan pencen.

Dalam skim yang ada sekarang, pesara akan dibayar pencen setiap bulan sehingga pesara berkenaan meninggal dunia.

Selepas pesara meninggal dunia, pencen berkenaan akan dibayar pula kepada balu beliau sehingga balu beliau meninggal dunia.

Dan sekiranya balu beliau meninggal dunia dan meninggalkan 3 orang anak yang berumur bawah 18 tahun, ianya akan diberikan kepada anak.

Bermula dari anak yang paling besar sehingga anak yang paling kecil berumur 18 tahun.

Inilah antara punca utama mengapa kerajaan menanggung beban yang besar.

Mungkin kerajaan boleh mengkaji kaedah terbaik untuk menamatkan pencen hanya kepada pesara hingga beliau meninggal dunia.

Dalam kes yang normal, apabila pesara meninggal dunia, ada antara anak-anak sudah bekerja dan boleh menyara balu pesara dan adik-adik mereka.

Jangan pula lupa untuk laksanakan skim yang sama kepada ahli Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara dan ahli Dewan Undangan Negeri serta menteri dan timbalan menteri.

Buatlah yang terbaik untuk negara dan rakyat.

Apakah Tiada Pilihan Selain Menghapuskan Pencen?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button