Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!
Samsung Galaxy S24 Plus.

Pertempuran sengit dalam dunia telefon pintar terus berkembang, dan Samsung, sebagai salah satu peneraju industri, telah kembali dengan tawaran terbaharunya, Samsung Galaxy S24 Plus.

Dengan pandangan pertama, kita boleh memikirkan sama ada peranti ini berjaya memenuhi jangkaan pengguna yang semakin tinggi atau tidak.

Apabila kami membuka kotak Galaxy S24+, kami disambut dengan reka bentuk yang mewah dan mengagumkan. Samsung kekal dengan pendekatan reka bentuk yang elegan, dengan bezel nipis, dan bahan premium yang memberikan sentuhan kukuh.



Walaupun sudah biasa, reka bentuk ini tetap menarik perhatian dan memberikan rasa selesa apabila dipegang.

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow

Galaxy S24+ didatangkan dalam empat varian warna. MURAI MY berkesempatan memegang varian Amber Yellow, nampak mewah sekali. Berikut ialah unboxing.

Ketika membuka kotaknya, kami terus disambut dengan unit Galaxy S24+ dengan varian warna Amber Yellow.

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!



Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

Samsung bukan sahaja menyediakan telefon canggihnya, tetapi juga termasuk kad jaminan dan buku panduan. Pin Pelepas SIM dalam Bentuk Pletrum Kecil juga di dapati dalam setiap kotak jualan.

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

 



Material yang digunakan untuk bodi Galaxy S24+ masih sama seperti pendahulunya iaitu Armour Aluminium. Telefon ini juga dilengkapi Gorilla Glass Victus 2, sama seperti Galaxy S23+.

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

 

Di sebelah kanan badan anda boleh menemui butang kuasa dan tetapan kelantangan suara



Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

 

Manakala di bahagian bawah pula terdapat port USB-C, pembesar suara dan  kad SIM tray.



 

Galaxy S24+ memiliki tiga kamera belakang, terdiri daripada lensa utama 50MP (f/1.8 dengan OIS), kamera ultra lebar 12MP (f/2.2 dengan 120 darjah FOV), dan lensa telefoto 10MP (f/2.4 dengan zum optik 3x). Kamera hadapan menggunakan kamera resolusi 12MP (f/2.2). Malah, ini tidak jauh dari generasi sebelumnya atau Galaxy S23.

 



Saiz skrin Galaxy S24+ ialah 6.7 inci. Ia jenis skrin yang sama iaitu Dynamic AMOLED 2X dan mempunyai kadar segar semula 1-120Hz. Untuk siri Galaxy S24+ mempunyai resolusi skrin QHD+, di mana siri standard masih menggunakan Full HD+.

 

Galaxy S24+ sedikit lebih besar dan berat dari Galaxy S24 iaitu 75.9 x 158.5 x 7.7 mm dan seberat 197 gram. Beberapa warna yang boleh dipilih daripada kedua-duanya termasuk Amber Yellow, Marble Grey, Onyx Black, dan Cobalt Violet.

Kecerdasan Buatan (AI)

Perkara penting yang menarik perhatian Galaxy S24+ ialah ciri kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong aktiviti pengguna. Galaxy S24+ untuk pasaran Malaysia menggunakan pemproses Exynos 2400 untuk Galaxy sama seperti Galaxy S24 yang lebih kecil.

Bateri juga mendapat peningkatan,  Galaxy S24+ ini tersedia dengan bateri sebesar  4,900mAH dengan pengecasan berwayar 45W pantas.

Nantikan ulasan penuh kami! Sementara itu, Galaxy S24+ masih dalam prapesanan di Malaysia dan anda boleh melihat kedai dalam talian rasmi Samsung di sini untuk butiran lanjut.

Buka Kotak Samsung Galaxy S24+ Amber Yellow, Nah.. Ini Yang Anda Dapat!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading