Gabungan yang enggan bubarkan DUN tamak kuasa

SHAH ALAM – Gabungan politik tamak kuasa adalah sesuai kepada yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Pakatan Harapan (PH) enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.

Ujar beliau, mereka sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan kerana khuatir akan kehilangan kuasa.



“BN jika tamak kuasa seperti mereka, boleh tidak membenarkan negeri yang ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik BN.

“Alasan risiko banjir besar juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung sebelum pertengahan November depan,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya, semalam.

Pada Rabu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendakwa bahawa UMNO harus dipersalahkan atas kos tambahan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan dengan PRU15.

Anthony berkata, PH tidak boleh dipersalahkan kerana telah pun mengumumkan bahawa Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor tidak akan membubarkan DUN.



Dalam pada itu, ulas Ahmad Zahid, rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa tersebut yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik mereka.

Menurutnya, naratif sedang dipropagandakan oleh musuh ketika ini adalah BN tamak kuasa apabila PRU15 diadakan.

“‘Dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.



“PRU15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan.

“Justeru, di manakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” ujarnya.

© Sinar Harian 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button