‘Kestabilan dan Kemakmuran’ tema BN

Kerajaan lebih stabil penting untuk negara

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


'Kestabilan dan Kemakmuran' tema BN

Parlimen Penggal Ke-14 secara rasmi telah dibubarkan pada 10 Oktober 2022 dan mandat baru untuk membentuk kerajaan akan dilunaskan menerusi Pilihanraya Umum.



BN (Barisan Nasional) semalam telah menetapkan tema untuk PRU15 ialah ‘Kestabilan dan Kemakmuran’.

Perkara tersebut telah dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan semasa sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Umno menjunjung dan menghormati titah  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang menzahirkan kekecewaan keadaan politik semasa.

'Kestabilan dan Kemakmuran' tema BN



Titah Tuanku Agong yang dikeluarkan Istana Negara dipercayai ada hubungkait dengan surat yang diutuskan oleh Menteri Perikatan Nasional yang membantah pembubaran Parlimen.

Umno berpendirian mandat perlu dipulangkan kepada rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan mampu menjaga keharmonian negara ditubuhkan menerusi proses demokrasi.

'Kestabilan dan Kemakmuran' tema BN

Sesuai dengan tema ‘Kestabilan dan Kemakmuran’, BN berpengalaman selama 6 dekad dalam mengurustadbir negara sejak 1957.



'Kestabilan dan Kemakmuran' tema BN

Amat penting bagi mana-mana negara untuk terus maju dan makmur, kerajaan dan politik perlu stabil. Ini bagi menyakinkan negara luar berurusan dengan Malaysia yang tidak menukar polisi dan dasar dengan kerap.

Negara agak bernasib baik bila Umno diberikan laluan menerajui kembali kerajaan walau terpaksa menyerap tekanan parti lain dalam kerajaan campuran.

Pengajaran terbaik yang boleh rakyat pertimbangkan ialah pertukaran 3 Perdana Menteri sepanjang 2018 -2022. Selain itu pelbagai kerosakan terhadap dasar serta aset negara telah berlaku sebelum Umno mengambil alih teraju pemerintahan menerusi kerajaan campuran.



Bermula dengan Pakatan Harapan, diambil alih Perikatan Nasional pada Mac 2020 dan terakhir Keluarga Malaysia dari 2021 sehingga semalam.

 

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button