Red Bull bersalah melanggar had kos F1
Paris: Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull yang diwakili juara dunia dua kali, Max Verstappen melebihi had bajet untuk musim 2021, kata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), sambil menambah bahawa kesalahan itu adalah ‘pelanggaran kecil’.
FIA juga menyatakan Aston Martin turut didapati melanggar peraturan kewangan Formula 1 dan sebarang hukuman akan diputuskan kemudian.
Had itu berkuatkuasa sejak musim lalu dan ditetapkan pada AS$145 juta (RM677.4 juta).
Ia bertujuan mengehadkan perbelanjaan untuk menjadikan sukan berkenaan berdaya maju dan juga merapatkan jurang persaingan antara pasukan besar dan kecil.
Verstappen menamatkan musim lalu dengan mengecewakan Lewis Hamilton dari Mercedes untuk memenangi gelaran dunia pertamanya.
FIA berkata pihaknya pada masa ini sedang menentukan tindakan yang sesuai untuk diambil.
“Pelanggaran perbelanjaan berlebihan adalah kecil,” kata kenyataan itu iaitu kurang daripada lima peratus daripada jumlah had pasukan dan boleh mengakibatkan dikenakan ‘penalti yang kecil’.
METRO