Warga emas dijangkiti Covid-19 selama 613 hari

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas dijangkiti Covid-19 selama 613 hari
GAMBAR fail menunjukkan ujian SARS-CoV-2 di London, Britain. – Foto AFP

Sekumpulan penyelidik dari Belanda melaporkan kes jangkitan Covid-19 yang paling lama iaitu 613 hari, melibatkan seorang pesakit lelaki, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lelaki berusia 72 tahun yang tidak dinamakan itu mengalami kekurangan imuniti yang teruk apabila dia dijangkiti varian Omicron bagi virus korona pada 2022 meskipun menerima suntikan.



Sejak itu, dia secara berterusan disahkan positif Covid-19 selama 613 hari sehingga meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Sepanjang tempoh 20 bulan jangkitan, doktor mencuba segala-galanya untuk membantu pesakit warga emas itu tetapi tiada yang berhasil.

Tubuhnya tidak dapat melakukan tindak balas imun yang cukup kuat untuk melawan virus itu walaupun dengan bantuan ubat antibodi.

Walaupun kes jangkitan Covid-19 yang sangat lama pernah dilaporkan sebelum ini, lelaki berkenaan mencatat rekod sebagi pesakit menghidap SARS-CoV-2 terpanjang yang pernah diketahui. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading