Wanita guna pedang samurai ketika bertengkar dengan jiran

Oleh – Syeikh Baran


Wanita guna pedang samurai ketika bertengkar dengan jiran
LOWE mengaku bersalah memiliki pedang samurai. – Foto Cavendish Press (Manchester) Ltd

Seorang wanita cuba menakut-nakutkan jirannya menggunakan sebilah pedang samurai selepas mereka beberapa bertengkar mengenai najis anjing, lapor laman berita Manchester Evening News semalam.

Rebecca Lowe, menggunakan senjata itu dan mempamerkannya di laman depan rumah, kata Mahkamah Majistret Warrington. 



Wanita berusia 30 tahun itu dilaporkan terlibat dalam pergaduhan dengan seorang ibu dan anak perempuannya kerana mereka dikatakan gagal membersihkan najis haiwan peliharaan mereka.

Semasa pergaduhan di luar rumahnya di Runcorn, Lowe, ditumbuk dan rambutnya ditarik ketika dia diseret di laluan tamannya.

Dua wanita terbabit diberi amaran oleh polis kerana melakukan serangan berhubung insiden itu, manakala Lowe yang merupakan ibu kepada empat anak mengaku bersalah kerana memiliki senjata tersebut.

Wanita tersebut dijatuhi hukuman perintah komuniti selama 12 bulan dengan syarat dia menghadiri aktiviti pemulihan selama 20 hari. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading