Pelumba Belanda meninggal dunia
Faro: Pelumba World Supersport 300 dari Belanda, Victor Steeman meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami ketika kemalangan di Portugal hujung minggu lalu, kata Kejuaraan Superbike Dunia.
Pelumba Kawasaki berusia 22 tahun itu terbabit dengan kemalangan bersama pelumba lain pada perlumbaan Sabtu lalu di Litar Algarve dan dibawa dengan helikopter ke hospital di Faro.
“Di sebalik usaha sebaik mungkin dilakukan oleh pasukan perubatan, marsyal dan kakitangan hospital, dengan rasa sedih Steeman meninggal dunia akibat kecederan dialaminya,” kata Kejuaraan Superbike Dunia.
Steeman memulakan pusingan perlumbaan di Portugal dengan secara matematik berpeluang untuk merebut gelaran selepas meraih empat kemenangan musim ini.
Keluarganya berkata dia dapat menyelamatkan lima individu lain dengan menderma organnya.
Kematian Steeman berlaku kurang seminggu selepas pelumba British Superbikes, Chrissy Rouse, 26, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas dilanggar oleh pelumba lain dalam perlumbaan di Litar Donington Park England.
METRO