Ronnie Liu Akan Melompat Dari DAP Ke Parti Warisan

Ronnie Liu Akan Melompat Dari DAP Ke Parti Warisan

Ronnie Liu Akan Melompat Dari DAP Ke Parti Warisan

Ketika PRU 15 semakin hampir selepas parlimen dibubarkan secara sah, DAP kini sedang menghadapi krisis dalaman yang tidak dapat dibendung lagi.

Perbalahan antara pemimpin veteran dan berpengaruh dalam DAP, Ronnie Liu, dengan kepimpinan utama DAP sudah sampai ke puncak.



Ronnie dikatakan sudah memuktamadkan keputusan beliau untuk meninggalkan DAP untuk menyertai parti Warisan yang berpusat di Sabah.

Baca di sini:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/10/09/report-ronnie-liu-quitting-dap/32545

“Saya tiada pilihan, saya terpaksa tinggalkan DAP dan saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa yang terdekat,” tegas Ronnie.



Perbalahan antara Ronnie dengan kepimpinan DAP bermula seawal tahun 2019.

Ketegangan timbul apabila beliau mengkritik dan menggelar Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu sebagai ‘The Paper Tiger’ atau Harimau Kertas.

Baca di sini:

http://theunspinners.blogspot.com/2019/10/dap-ugut-dr-mahathir-mana-pergi-suara.html



Malah Ronnie secara lantang dan terbuka mahu supaya PPBM disingkirkan dari Pakatan Harapan dan yakin Pakatan Harapan akan menjadi lebih baik tanpa PPBM.

Tindakan itu menimbulkan keresahan pemimpin DAP yang menganggotai kabinet Dr Mahathir dan Setiausaha Organisasi DAP ketika itu, Anthony Loke berjanji akan mengambil tindakan.

Namun seperti yang dijangkakan, akhirnya isu itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan tuntas dari DAP.

Dan kini, Ronnie sekali lagi berbalah dengan kepimpinan DAP dalam isu pindaan perlembagaan DAP.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/10/12/tukar-perlembagaan-bertambah-komunis-hingga-ronnie-liu-pun-rasa-terlalu-komunis/

Beranikah DAP Menerima Risiko Kehilangan Pemimpin Berpengaruh Seperti Ronnie Liu?

Realitinya, bukan mudah untuk DAP mengambil tindakan displin terhadap Ronnie kerana beliau adalah antara pemimpin yang mempunyai pengaruh yang kuatn di dalam DAP.

Ini terbukti di dalam pemilihan kepimpinan DAP di peringkat pusat yang diadakan dalam bulan Mac 2022.



Ronnie antara pemimpin veteran yang memperolehi undi tertinggi di kalangan pemimpin DAP yang bertanding.

Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/615803

Selain dari mempunyai pengaruh yang kuat di dalam DAP, Ronnie juga adalah pemimpin DAP yang mendapat sokongan yang kuat dari masyarakat Cina, terutamanya ahli perniagaan.



Baca di sini:

https://www.facebook.com/salahuddin.hisham.1/posts/pfbid02PU1nUkiQCwhuu9x9X5WqLGmEgyRhYnHFsuF1m6obV5uMiv3vGSn6PuKp7tmmzq9Xl

Penulis difahamkan, sekiranya Ronnie meninggalkan DAP dan menyertai parti Warisan, sebahagian besar penyokong beliau di dalam dan di luar DAP akan mengikut beliau.

DAP juga dilihat sedang membuat persiapan untuk menggantikan sokongan yang bakal hilang.

DAP mengumumkan akan mengemukakan lebih ramai calon Melayu utnuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010328/dap-tampil-lebih-ramai-calon-melayu-pada-pru-15

Bolehkah DAP berjaya dengan percaturan baharu mereka?

Akan adakah pengundi Melayu yang akan memberikan undi kepada DAP selepas melihat sendiri kerakusan DAP selama 22 bulan berkuasa?

 

Ronnie Liu Akan Melompat Dari DAP Ke Parti Warisan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button