Berhentilah Gunakan Alasan Banjir Sebagai Modal Kempen, Rakyat Sudah Terlalu Bijak Untuk Di Perdayakan

Berhentilah Gunakan Alasan Banjir Sebagai Modal Kempen, Rakyat Sudah Terlalu Bijak Untuk Di Perdayakan

Berhentilah Gunakan Alasan Banjir Sebagai Modal Kempen, Rakyat Sudah Terlalu Bijak Untuk Di Perdayakan

Sehingga selepas pengumuman dibuat oleh Ismail Sabri mengenai pembubaran parlimen, musuh politik BN masih lagi seronok menggunakan alasan banjir sebagai modal kempen mereka.

Agak mengejutkan dalam siaran Astro Awani 501, pengacara stesen media berkenaan dengan wajah sombong cuba mengajukan soalan provokasi kepada tetamu yang dijemput.

Isu yang beliau cuba ketengahkan ialah isu banjir dengan bertanyakan beberapa soalan yang penulis anggap tidak sepatutnya disiarkan oleh media yang merasakan mereka adalah media prima.



Jawapan penulis kepada pengacara tersebut:

  • Sekiranya ditakdirkan berlaku banjir pada tarikh pembuangan undi, apakah satu Malaysia akan ditenggelami air?
  • Apakah pengacara tersebut tidak tahu bahawa perintah darurat boleh dikeluarkan oleh YDP Agong untuk menangguhkan pilihanraya bagi kawasan terlibat banjir sahaja?
  • Apakah pengacara tersebut mempertikaikan pertimbangan dan keputusan YDP Agong membubarkan parlimen?
  • Tidakkah pengacara tersebut tahu, sebelum YDP Agong membuat keputusan, beliau telah mendengar taklimat dari NADMA, METMalaysia, PDRM dan ATM?

Sudah tentulah selepas berbincang dan mendengar taklimat dari pelbagai pihak, baru YDP Agong berbincang dengan Ismail Sabri sebelum membuat keputusan muktamad.

Penulis tertanya-tanya juga, apakah pengacara tersebut pernah terlibat atau melibatkan diri dalam gerakan membantu dan menyelamat mangsa banjir?

Untuk pengesahan, bolehlah pembaca saksikan sendiri melalui link yang penulis sertakan di atas, tetapi ianya agak panjang sedikit.



Selain dari pihak media, pihak musuh politik BN juga dilihat agak seronok memberikan fakta yang salah menganai keadaan banjir yang dijangkakan akan melanda negara tahun ini.

Penulis pernah mengulas mengenai perkara ini dalam beberapa artikel yang lepas.

Baca di sini:

1) https://my-tv.online/2022/09/23/metmalaysia-sarankan-pru-15-selewat-lewatnya-pertengahan-november-2022/

2) https://my-tv.online/2022/09/30/ph-bantah-pru-sebab-banjir-tapi-sibuk-berkempen-bukan-buat-persiapan-banjir/

3) https://my-tv.online/2022/10/04/selepas-gunakan-isu-banjir-dap-gunakan-pula-isu-perkauman-untuk-elak-pru-15/

Berhentilah Gunakan Alasan Banjir Sebagai Modal Kempen, Rakyat Sudah Terlalu Bijak Untuk Di Perdayakan

Rakyat sekarang sudah terlalu bijak untuk diperdaya dengan alasan-alasan dan hujah-hujah yang dangkal.

Apa lagi apabila ianya datang dari pemimpin Pakatan Harapan atau pun dari pemimpin Perikatan Nasional yang mempunyai DNA Pakatan Harapan.

Pengalaman ngeri rakyat selama 22 bulan di bawah Pakatan harapan dan 17 bulan di bawah Perikatan Nasional sudah cukup membuatkan rakyat membezakan antara kaca dan permata.

Realitinya, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bukan bimbangkan keselamatan rakyat sekiranya ditakdirkan berlaku banjir pada hari pembuangan undi.

Yang mereka risaukan adalah kehilangan banyak kerusi parlimen apabila PRU 15 diadakan pada tahun ini.

Sudah jelas mereka berada dalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapi PRU 15.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid0dnLfQrs42jvUbbqrXP58cVWctSbCbCG36oTEiokHZfa9BJrHNfTH8G3CpmdhWPu2l

Sekiranya mereka jujur fikirkan tentang rakyat dan negara, mereka akan menyokong sepenuhnya untuk mengadakan PRU 15 tahun ini.

Ini adalah kerana, mulai tahun hadapan, beberapa cabaran besar sedang menunggu bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid02nzhka4F3GhLyHLYYQGydRUrakHTWRX5eFzgJeFMCyCgSZBtwPxPzUfbKFmfvm5yDl

Dan ketika itu, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil untuk membantu rakyat.

 

Berhentilah Gunakan Alasan Banjir Sebagai Modal Kempen, Rakyat Sudah Terlalu Bijak Untuk Di Perdayakan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker