PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!

PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!

PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!

Sebaik sahaja presiden PAS, Hadi Awang, mengumumkan PAS akan terus kekal bersama dengan PPBM dalam PN, ini memberikan petunjuk bahawa kerjasama UMNO & PAS dalam MN sudah tamat.

Untuk rekod, syarat utama UMNO kepada PAS sekiranya ikhlas mahu berkerjasama dalam MN ialah PAS mesti mengisytiharkan secara rasmi memutuskan semua hubungan kerjasama dengan PPBM.

Syarat itu adalah muktamad.

Seperti yang orang Jawa selalu cakap, ‘take it or leave it’.

Bagi UMNO tiada istilah main 2 kolam, tetapi satu perkara yang ramai pemimpin dan akar umbi UMNO tidaj sedar, ialah PAS sebenarnya mahu main dalam berkolam-kolam, bukan setakat 2 kolam!!!

Ada Usaha Untuk Membawa BN Ke Dalam GTA

 

Masih ingat lagi bagaimana presiden UMNO, DS Zahid mendedahkan nafsu serakah Dr Mahathir dalam politik terserlahn ketika beliau bertemu Dr Mahathir di awal era Pakatan Harapan?

Masih ingat lagi cerita ular lidi yang mahu menelan ular sawa?

Namun atas ketegasan dan ketaatan DS Zahid kepada UMNO, beliau menyanggah arahan Dr Mahathir.

Akibatnya, DS Zahid telah menghadapi 87 pertuduhan mahkamah dalam pendakwaan politik.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/28/mahathir-minta-saya-bubar-umno-pada-2018-kata-zahid/

Mungkin ramai menyangka, apabila DS Zahid sudah menghadapi 87 pertuduhan mahkamah dan UMNO dilihat semakin diterima rakyat, isu itu sudah berlalu.

Sebenarnya anggapan itu salah.

UMNO kini dilihat seperti lelaki tampan yang menjadi kegilaan anak dara dan janda di dunia politik.

PAS, PPBM, Pejuang sangat berahi mahu mendapatkan perhatian dan kasih sayang dari UMNO.

Tetapi dalam semua parti yang cuba memikat UMNO, PAS dilihat cuba menjadi janda berhias untuk menggoda UMNO.

PAS cuba memainkan watak kononnya sebagai pendamai antara UMNO dengan PPBM dan antara UMNO dan Dr Mahathir.

PAS Lupa Alasan Penyatuan Ummah Sudah Di Tolak

Penyatuan ummah adalah alasan klishe yang PAS cuba jual dalam retorik politik mereka.

Jangan lupa bulan Ogos yang lepas, Dr Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa GTA akan mengkaji cadangan kerjasama antara GTA dan PN.

Satu-satunya syarat yang diberikan Dr Mahathir ialah kerjasama dengan PN tanpa Muhyiddin Yasin.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/30/gta-belum-buat-keputusan-muktamad-kerjasama-dengan-pn-kata-dr-m/

Sekiranya ini berlaku, mapakah ada kemungkinan PAS akan ‘hijacked’ PN dari PPBM?

Jangan kita lupa, kekuatan PPBM adalah bergantung sepenuhnya kepada Muhyiddin.

Sekiranya Muhyiddin tersingkir dari PPBM, parti itu akan menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu.

Ketika itu sudah pasti PAS anak mendapat munafaat dengan menguasai Perikatan Nasional sementara PPBM hanya akan menjadi parti picisan di dalam Perikatan Nasional.

Namun untuk ‘hijacked’ Perikatan Nasional, PAS memerlukan kerusi yang agak banyak selepas PRU 15.

Tidak mungkin pemimpin PPBM akan memberi laluan kepada PAS untuk ambil alih PN sekiranya PAS mempunyai kurang dari 10 kerusi parlimen selepas PRU 15.

Niat Sebenar PAS Memujuk UMNO

Inilah sedang dirancang PAS untuk memujuk UMNO supaya bersetuju untuk berkerjasama dengan Perikatan Nasional.

PAS tahu, sekiranya UMNO bersetuju berkerjasama dengan PN, di dalam PRU 15, PAS boleh memenangi antara 25 ke 30 kerusi parlimen.

PAS dilihat tidak bersendirian dalam menjayakan agenda mereka, ada yang mendakwa, PAS mendapat sokongan dan dokongan dari pemimpin UMNO sendiri.

Annuar Musa pernah mengeluarkan kenyataan menjemput Dr Mahathir supaya kembali kepada UMNO.

Baca di sini:

https://tvstv.my/2022/09/07/annuar-musa-jemput-dr-mahathir-sertai-umno-sarankan-bubar-pejuang/

Apakah isyarat sebenar yang cuba diberikan kepada Dr Mahathir?

Dan baru-baru ini, selepas Hadi Awang membuat kenyataan PAS akan terus berkerjasama dengan PPBM dalam PN dan mahu MN terus dikekalkan, sekali lagi Annuar Musa membuat kenyataan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1010033/pendirian-pas-kekal-cari-kesepakatan-umno-bersatu-patut-dipuji

Apa pula isyarat yang mahu Annuar Musa berikan kepada PAS?

Ingat, Ceaser pernah berkata, empayer yang besar sangat mustahil untuk diruntuhkan dari luar, tetapi boleh diruntuhkan dari dalam.

Sekiranya impian PAS menjadi kenyataan, yang akan mendapat laba yang cukup besar adalah PAS.

Paling tidak, jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh diberikan atas usaha yang PAS lakukan.

Dan ‘tin MILO’ bergerak boleh dihapuskan buat selama-lamanya.

 

PAS Bukan Mahu Main 2 Kolam, Tetapi Berkolam Kolam!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker