Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

Ketiadaan Calon Punca PH Dan Takut Hadapi PRU 15

Ketiadaan Calon Punca PH Dan Takut Hadapi PRU 15

Berbagai alasan yang digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menangguhkan Pilihanraya Umum 15.

Bermula dengan MoU yang ditandatangani dengan kerajaan, selepas tamat tarikh kuatkuasa MoU, PH gunakan pula alasan banjir dan selepas itu gunakan pula alasan telur ayam.



Mungkin bagi yang masih tidak faham dengan perangai pemimpin PH akan menganggap alasan-alasan yang mereka gunakan adalah munasabah.

Namun kepada yang sudah faham dengan permainan pemimpin PH, akan mencari alasan yang sebenar kenapa PH bersungguh-sungguh mahu PRU 15 ditangguhkan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, memang diakui seorang yang agak bijak.

Tetapi beliau bukan dalam kategori seorang pemimpin yang bijak.



Beliau bijak menipu dan agak hebat bila menaburkan fitnah.

Namun adakalanya, ‘kebijaksanaan’ Rafizi dilihat memeningkan kepala pemimpin PH yang lain.

Kenyataan terbaru dari Rafizi memberikan kita jawapan yang sebenar, mengapa PH bersungguh-sungguh mahu menangguhkan PRU 15 hingga ke akhir penggal.



PKR, antara parti komponen di dalam PH sebenarnya sedang mengalami defisit calon yang berkualiti untuk diketengahkan di dalam PRU 15.

Rafizi membuat tawaran terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahu menjadi calon PKR dalam PRU 15.

Tawaran yang dibuat oleh Rafizi bukanlah tawaran kosong, malah beliau sertakan sekali ‘link’ permohonan kepada yang berminat.

Baca di sini:



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/06/pru15-seluruh-rakyat-boleh-jadi-calon-pkr-kata-rafizi/

Apakah ini bermakna, siapa sahaja yang mempunyai MyKad yang sah layak menjadi calon PKR, termasuk kaki botol, kaki judi, playboy, gigolo, pelacur, pengamal seks luar tabie dan lain-lain.

Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya golongan yang tidak bermoral itu menjadi calon dan menang dalam PRU 15 nanti.

Mahukah rakyat Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang tidak mempunyai akhlak?



PKR Semakin Terpinggir Dari Masyarakat Melayu

Realitinya, bukan baru sekarang PKR mengalami defisit pemimpin yang berkualiti.

Masalah PKR ini sebenarnya sudah bermula dari PRN Johor lagi.

Tentu kita masih ingat, bagaimana PKR tidak mampu untuk mengumumkan senarai calon PRN Johor secara serentak.

Pernahkah kita terfikir, mengapa PKR mengumumkan calon secara berperiingkat, sehingga ada antara calon hanya diumumkan sehari sebelum hari penamaan calon.



Inilah sebenarnya yang menjadi masalah besar kepada PH.

Walau pun keyakinan pengundi bukan Melayu kepada DAP semakin hari semakin berkurangan, tetapi DAP masih mampu menarik sokongan segelintir pengundi bukan Melayu.

PKR diharapkan dapat menarik sokongan pengundi Melayu, tetapi harapan itu nampaknya sudah menjadi semakin pudar.

 

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button