Mangsa rentung dalam kemalangan dikenal pasti

Mangsa rentung dalam kemalangan dikenal pasti

Mangsa rentung dalam kemalangan dikenal pasti
Kemalangan yang menyebabkan seorang rentung dan tiga parah di Jalan Kulim-Baling semalam. Foto ihsan bomba

KULIM: Polis mengenal pasti pemandu PROTON Iswara yang maut dan rentung selepas kenderaannya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Jalan Kulim-Baling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata mangsa dikenali sebagai Abdul Muslim Abdul Halim, 27, dari Simpang Tiga Keladi di sini.
READ MORE

Beliau berkata, jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Makmur di sini, hari ini, sebaik bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, selesai.



“Isteri mangsa, Umi Kalsom Daud, 28, dan anak perempuan mereka berusia empat tahun serta anak lelaki berusia tiga tahun, yang parah dalam nahas itu, masih dirawat di Hospital Kulim,” katanya selepas mengiringi Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pada sesi dialog dengan jawatankuasa masjid dan kuil dari daerah Kulim di Kulim Golf dan Country Resort, hari ini.

Media semalam melaporkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, Abdul Muslim yang memandu kereta itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan Toyota Camry yang dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mangsa rentung dalam kemalangan dikenal pasti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker