Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS

Calon PM Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS

 

Dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baharu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menjelaskan isu calon perdana menteri dari Perikatan Nasional tidak berbangkit.

“Isu ini tidak berbangkit, PRU16 masih lambat lagi.”



“Buat masa ini kita tumpu agenda perkasakan PN dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu.”

“Tidak perlu timbul polemik perkara yang tidak pasti.”

“Semua parti mesti ada tokoh (calon perdana menteri), namun PN akan membuat keputusan bila sampai masanya nanti.”

“Seperti PN setuju lantik Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, demi kepentingan negara pada masa itu,” jelas beliau.



Kenyataan beliau telah disanggah oleh Timbalan Presiden PPBM, Faizal Azumu atau Peja.

Senada dengan Peja adalah Ketua Penerangan Perikatan Nasional yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu, Azmin Ali.

“Sekarang kita masih mendengar laungan Abah sebab watak Muhyiddin sebagai ketua dalam satu keluarga, sebuah negara yang menjaga kepimpinan.”

“Beliau diuji dan teruji, malah berjaya.”



“Oleh itu beliau harus teruskan.”

“Sebab itu ketika beliau isytihar untuk melepaskan jawatan dalam pemilihan parti yang akan datang, akar umbi tidak benarkan kerana kita rasa kepimpinannya masih diperlukan.”

“PN khususnya PPBM juga sudah mula membincangkan rancangan penggantian melibatkan pelapis kepada kepimpinan parti.”

“Berbeza dengan parti lain, ketua mereka tidak mahu melepaskan jawatan,” jelas beliau.



Faktanya, PAS mempunyai hak untuk menuntut supaya calon perdana menteri pada PRU 16 datangnya dari parti mereka.

Muhyiddin sendiri pernah bersetuju untuk mengangkat Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri, sebagai calon perdana menteri.

Bila kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh pengerusi Perikatan Nasional, sudah tentu PAS akan menuntut supaya ianya dikotakan.

PAS juga mempunyai kelebihan dari bilangan kerusi parlimen dan negeri yang berada di bawah pentadbiran mereka.



Persoalannya sekarang, adakah Muhyiddin menipu Hadi atau PPBM menipu PAS atau pun apakah mungkin PPBM dan PAS sebenarnya yang menipu pengundi.

 

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button