PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body

PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body

PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body

Seperti yang telah diduga oleh banyak pihak, janji Hadi Awang bahawa PAS akan membuat keputusan tuntas sama ada bersama MN atau PN hanyalah retorik politik.

Tiba tarikh yang dijanjikan, PAS akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi pada 8 Oktober 2022 yang lepas keputusan yang sudah boleh diduga.

Mungkin bagi PAS, janji Hadi Awang itu akan boleh mencetuskan kejutan di dunia politik tanah air.

Namun tanpa PAS sedari, tidak ada siapa pun yang terkejut kerana keputusan PAS sudah diduga lebih awal.

Beberapa persoalan diajukan kepada penulis oleh pembaca melalui mesej WhatsApp:

  • Kenapa pemimpin PAS tetap mahu untuk bersama PPBM dalam PN sedangkan mereka tahu risiko yang bakal dihadapi?
  • Apakah pemimpin PAS tidak tahu, sekiranya PAS menggunakan lambang PN dalam PRU 15, ianya akan membangkitkan kemarahan ahli mereka?
  • Apakah benar UMNO masih lagi berharap untuk berkerjasama dengan PAS?

Benarkah Pemimpin PAS Sudah Tersilap Membuat Bacaan?

PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body

Untuk menjawab soalan ini, secara jujur penulis berpendapat, adalah mustahil pemimpin PAS sudah membuat bacaan politik yang salah.

Mereka sedar alasan penyatuan ummah yang sering mereka gunakan sudah tidak lagi diterima bukan sahaja oleh pengundi atas pagar, malah oleh sebahagian pengundi tegar PAS sendiri.

Pemimpin PAS gagal memberikan jawapan apabila alasan mereka dijawab dengan persoalan, sekiranya benar, mengapa hanya UMNO, PAS dan PPBM sahaja?

Bukankah PAN dan Pejuang juga adalah parti yang berteraskan masyarakat Melayu Islam?

Ada juga yang mempertikaikan sikap pemimpin PAS yang dilihat seperti melutut di kaki pemimpin UMNO untuk memujuk UMNO bersetuju berkerjasama dengan PPBM.

Menurut mereka, kalau UMNO sudah tidak setuju dan PAS yakin berada di pihak yang benar, biarkan sahaja UMNO dengan pendirian UMNO.

Bukankah pemimpin PAS selama ini begitu tegas memperjuangkan prinsip perjuangan dan sering melaungkan kemenangan pasti akan dimiliki oleh pihak yang benar.

Sebenarnya pemimpin PAS membawa suara siapa, suara PAS atau suara PPBM?

Politics Is A Numbers Game

PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body

Pada pendapat penulis, realitinya amat mudah dibaca.

PAS mendakwa mereka mempunyai kira-kira 1.2 juta ahli di seluruh negara.

Jumlah pengundi berdaftar di Malaysia adalah kira-kira 21 juta orang.

PAS sedar dengan hanya berharap kepada 1.2 juta ahli PAS, mereka tidak mungkin mampu memenangi sebarang kerusi di PRU 15.

1.2 juta orang ahli PAS hanya mewakili 5.7% dari 21 juta orang pengundi di seluruh negara.

Kemenangan PAS selama ini dibantu oleh pengundi atas pagar yang bersimpati dengan parti PAS.

Tetapi sekiranya PAS tetap bersama PPBM dalam PN, mereka sudah pasti akan kehilangan sokongan dari pengundi atas pagar.

Ini adalah kerana kemarahan pengundi atas pagar yang terdiri dari golongan M40 dan belia terhadap PPBM masih lagi kuat.

Banyak perniagaan golongan M40 yang terpaksa ditutup kerana dasar ‘lockdown’ Muhyiddin ketika berkuasa.

Begitu juga belia yang baru berkerja, ramai yang kehilangan pekerjaan apabila syarikat mereka terpaksa ditutup kerana dasar ‘lockdown’ Muhyiddin.

Sekiranya alasan rakyat dikurung, memang untuk keselamatan rakyat dan negara, mereka boleh mnerimanya.

Tetapi apabila menyedari rakyat dikurung semata-mata hanya untuk menyelamatkan jawatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Muhyiddin, mereka tidak boleh menerimanya.

Malah apabila dipaksa menggunakan lambang PN, PAS akan kehilangan sebahagian undi dari ahli PAS sendiri.

Testimoni terdekat adalah berdasarkan pencapaian PAS dalam PRN Melaka dan PRN Johor.

Yang akan mendapat munafaat dari kerjasama PAS dan PPBM adalah parti PPBM.

Jadi ada asasnya apabila ahli PAS tertanya-tanya, suara siapakah sebenarnya yang pemimpin PAS bawa?

Kerana Budi Tergadai Body

PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body
Gambar Hiasan

Apa sebenarnya yang mengikat pemimpin PAS supaya tetap taat kepada PPBM walau pun mereka cukup sedar risikonya sangat besar?

Apakah mungkin kerana ada antara pemimpin PAS sudah mendapat laba melalui projek runding terus dalam lebih dari RM600 bilion yang Muhyiddin belanjakan di era Perikatan Nasional?

Sekira betul, perkara ini sangat-sangat memalukan, ibarat kerana budi tergadai body, perjuangan parti sanggup ‘dilacurkan’ dan ugama sanggup ditunggang.

Dan segala-galanya adalah untuk harta dunia yang sedikit dan bersifat sementara.

Kalau benar seperti apa yang dikatakan, maka PN tidak lagi layak dipanggil Perikatan Nasioanl tetapi lebih ‘manis’ dipanggil Pengkhianat Nasional!!!

 

PAS Pilih MN Dan PN: Kerana Budi Tergadai Body

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker