Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen

Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Yang Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen

Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Yang Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen

Akhirnya seperti yang didesak oleh beberapa pemimpin pembangkang, Perdana Menteri Interim, Ismail Sabri memberikan penjelasan apa yang YDP Agong maksudkan baginda berdukacita.

Pihak PN dan PN sebelum ini cuba memanipulasi kenyataan YDP Agong dengan cuba menimbulkan persepsi ianya berpunca dari UMNO yang mendesak pembubaran parlimen.



Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Yang Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Yang Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen

Menurut Ismail Sabri, tindakan tidak beretika Muhyiddin dan 12 orang menteri PN telah memberikan gambaran jelas kepada YDP Agong bahawa keadaan politik masih tidak stabil.

Muhyiddin yang menerajui PN yang menjadi sebahagian dari komponen penting Kerajaan Keluarga Malaysia secara terbuka telah mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN.

Baca di sini:



https://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-isytihar-musuh-utama-pn-adalah-bn-382600

Malah Muhyiddin juga mendesak Ismail Sabri supaya membubarkan parlimen kerana gagal menangani masalah ekonomi negara.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2022/09/19/jika-pm-gagal-urus-ekonomi-eloklah-buat-pru-muhyiddin/



Tetapi Muhyiddin seolah-olah lupa bahawa beliau adalah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang diberikan taraf menteri.

MPN ditubuhkan khas oleh kerajaan untuk bertanggungjawab membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat dasar ‘lockdown’ di era Muhyiddin.

Muhyiddin juga lupa bahawa barisan menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi negara adalah terdiri dari menteri yang datangnya dari PN

Sikap Pemimpin PH Dan PN Yang Menyebabkan Keadaan Politik Negara Tidak Stabil

Selain dari itu, tindakan 12 orang menteri Perikatan Nasional yang mengutus surat kepada YDP Agong membantah pembubaran parlimen juga membuatkan baginda murka.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/06/12-menteri-pn-utus-surat-mohon-agong-tolak-pru15-tahun-ini/

Tindakan mereka itu dilihat sebagai satu tindakan yang sangat tidak beretika dan membelakangi institusi Perdana Menteri.

Tindakan mereka telah memberikan gambaran yang jelas kepada baginda bahawa pemimpin politik di Malaysia masih lagi bertelagah sesama sendiri.



Justru itu, ia membuatkan baginda tidak mempunyai pilihan selain menamatkan kemelut politik yang tidak berkesudahan dengan memulangkan mandat kepada rakyat.

Baginda berharap agar rakyat dapat membuat pilihan yang bijak di dalam PRU 15.

Ia bertujuan supaya sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dapat dibentuk selepas PRU 15.

Tidak perlu pihak PH atau PN cuba memanipulasikan kenyataan YDP Agong dengan cuba meletakkan kesalahan kepada UMNO.



Hakikatnya, sikap rakus kepada kuasa pemimpin PH dan PN yang telah membuatkan keadaan politik tidak stabil.

Dan akhirnya kesan dan penderitaan itu terpaksa ditanggung oleh rakyat dan negara.

 

Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Yang Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button